Kos Selenggara Pesawat Rasmi RM690 Juta Untuk 15 Tahun Dedah PKR.

PKR mendakwa kos penyenggaraan, operasi dan pengurusan (OMM) jet baru perdana menteri ACJ320 akan menelan belanja RM690 juta untuk tempoh 15 tahun.

Naib Presidennya Rafizi Ramli mendakwa kiraan itu berdasarkan penetapan kontrak RM46 juta setahun untuk urusan itu.

“Jika ditambah dengan kos OMM bagi jet sedia ada ACJ319 bagi tempoh tujuh tahun akan datang, jumlah OMM bagi dua buah jet peribadi perdana menteri adalah RM1.098 bilion,” dakwanya,

Rafizi mendakwa, pecahan pembayaran itu seperti berikut:
  • Tahun 2007 hingga 2010: RM110 juta
  • Tahun 2011 hingga 2015: RM194 juta
  • Khidmat disambung 2016 hingga 2022: RM408 juta

Setakat ini, Putrajaya masih belum menolak angka dikemukakan Rafizi itu.

Bagaimanapun, seorang anggota Parlimen penyokong kerajaan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim mempertahankan tindakan membeli jet itu.

Menurutnya, tindakan itu dapat mengurangkan kos penyelenggaraan dan memastikan keselamatan pemimpin negara dalam perjalanan.

Pembelian itu dikritik hebat susulan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) esok, yang didakwa aktivis dan pembangkang akan membebankan rakyat terbanyak. -Mkini.
 

Share this :

Previous
Next Post »