Lee Chong Wei Tampil Membela Rosmah - Bukan Rosmah YG Beri Pil Itu Pada Saya Kata LCW.

Ketika spekulasi makin rancak, pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei menafikan isteri perdana menteri yang memberikan ubatan herba yang membuatkan beliau digantung daripada beraksi.

“Ya, saya boleh sahkan bukan beliau,” katanya kepadaMalaysiakini.

Lee bagaimanapun berkata tidak dapat mendedahkan pihak yang memberikan pil itu kepadanya.

Beliau juga berkata mahu melupakan perkara itu dan berusaha membanggakan negara dengan pencapaiannya.

Isteri seorang “lelaki amat berpengaruh” dilapor memberikan ubatan herba kepada Lee, yang menjadi punca beliau digantung lapan bulan, lapor Reuters hari ini.

Berdasarkan laporan Persekutuan Badminton Dunia (BMF), bahan dinamakan cordyseps daripada sebuah kedai di Kuala Lumpur itu turut mempunyai dexamethasone yang dilarang.

Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa Rosmah Mansor merupakan isteri orang kenamaan yang dimaksudkan itu. Rosmah selama ini memang terkenal sebagai penyokong kuat Lee.

Sementara itu, sumber yang mengetahui perkara itu memberitahuMalaysiakini bahawa wanita yang memberikan pil itu adalah isteri kepada seorang bekas ahli politik terkenal BN.

Bagaimanapun, katanya, wanita itu tidak mengetahui bahawa kandungannya boleh mengundang masalah kepada Lee.

Sumber bagaimanapun meminta Malaysiakini tidak mendedahkan namanya kerana tidak mahu pasangan itu menjadi perhatian ramai.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin kelmarin berkata makanan semulajadi dan makanan tambahan herba itu diamal pengambilannya sejak 13 tahun kerana ia dipercayai bermanfaat untuk kesihatan.

Beliau berkata pakar pemakanan menasihatkan Lee bahawa kapsul Cordyceps selamat dan sebab itu perlu diuji selagi ia "cordyceps asli".

Chong Wei digantung lapan bulan oleh BWF kerana kesalahan doping pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos tahun lepas.

Bagaimanapun, hukuman penggantungan berkuat kuasa 30 Ogos tahun lepas itu akan berakhir 30 April ini. -Mkini.

Share this :

Previous
Next Post »