Menteri Cadang Rakyat Bertani Penuhi Keperluan Sendiri Agar Kurang Berbelanja.

Selepas ada satu menteri cadang masak sendiri elak makan luar supaya tak dikenakan GST, kali neh ada satu lagi menteri cadang rakyat patut semai budaya bertani untuk memenuhi keperluan sendiri. Bila kita bertani kita dapat kurangkan perbelanjaan luar. Kerajaan juga bercadang agih bantuan kepada pihak tertentu bagi mengalakkan budaya bertani di kalangan rakyat. Cadangan tersebut disarankan oleh menteri asas tani, Ismail Sabri pada semalam.

Rujuk ;


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan terus menggalakkan masyarakat di negara ini menghidupkan kembali budaya bertani untuk keperluan sendiri.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, di bawah program Jom Bertani dan Pertanian Bandar, kerajaan akan menyalurkan bantuan peralatan dan input pertanian kepada rakyat, antaranya insentif sektor tanaman bernilai RM500, sektor ternakan RM1,000 dan RM5,000 untuk sektor perikanan.

Katanya, aktiviti itu bukan sahaja dapat mengurangkan perbelanjaan seharian malahan dapat menambah sumber pendapatan rakyat sekiranya terdapat lebihan hasil yang boleh dijual.

Bukan nak kata cadangan neh teruk, tapi nampak macam tak kena dengan situasi semasa. Bayangkan yang tinggal menyewa atau tinggal dengan orang, mana datangnya tempat nak bercucuk tanam. Bukan semua ada rumah sendiri. Yang ada rumah sendiri pun belum tentu landed. Kalau nak tanam hidroponik pula bukan sekadar modal ilmu nak kena topup tapi perlu juga masa nak fahami asas penanaman di samping ia tak tertakluk kepada semua jenis sayur-sayuran pun. 

Cadangan bercucuk tanam neh pada aku bagus. Bukan aku nak kata tak bagus. Bab bagi subsidi pun aku gemar juga. At least ada modal permulaan nak tanam-tanam untuk makan sendiri semua neh. Tapi macam aku sebut tadi la. Situasi macam tak kena. Apa je beria-ria nak cadang rakyat bertani kalau bukan sebab GST meningkatkan kos sara hidup? Ye tak? Takan disebabkan polisi kerajaan, rakyat pula kena ubah gaya hidup? Gaji wakil rakyat menambah, rakyat pula diseru bertani, kurang belanja perlu jimat cermat semata-mata nak melaksanakan polisi percukaian GST. Adakah ini betul?

Patutnya. Kerajaan sendiri kena ubah mindset sendiri. Diri sendiri berhemah dalam perbelanjaan dan cekap mengurus terlebih dahulu. Kurang penyelewengan maka kurang la kehilangan wang rakyat di atas perkara-perkara yang salah. Bila dah belanja betul maka takde la effect rakyat dari segi kenaikan atau pertukaran polisi percukaian yang menambahkan beban rakyat. Ini kau semua pun jalan bengkok tetiba nak seru rakyat bertani untuk kurang bajet. Alahai.. sapa sebenarnya yang kena ubah gaya hidup neh? Sapa merompak harta sapa dan sapa pula yang disuruh tanggung akibatnya neh? Fikirlah. Masing2 ada otak nak nilai.

Share this :

Previous
Next Post »