t>

Breaking News

MP BN Sound Rakyat - Taknak Bayar Cukai P Dok Bulan - Tanpa Cukai Rakyat Mampos Katanya.


Ahli Parlimen Langkawi, Dato’ Ir. Nawawi Ahmad sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mencadangkan rakyat Malaysia yang tidak puas hati dan enggan membayar Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) supaya pindah dan tinggal di bulan.
“Tak mau bayar cukai pi dok di bulan. (tidak mahu bayar cukai pergi duduk di bulan ) Memang kerajaan hidup atas cukai rakyat termasuk Kelantan,” tulis Nawawi kepada seseorang yang menggunakan nama Ridz Black seperti dilaporkan dalam blog omakkau.blogspot.
Blog itu turut menyiarkan perbualan Nawawi yang menjawab pertanyaan dan komen- komen mengenai GST di Facebook.
Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) itu juga tanpa segan silu dilaporkan menggunakan perkataan kesat seperti ‘pergi mampus’ yang sepatutnya tidak digunakan oleh mereka yang menggelarkan dirinya pemimpin rakyat.
“GST membantu negara dan akhirnya membantu rakyat. Jika negara bankrap maka rakyat pun mampus,” tulis Nawawi ketika menjawab komen pembaca yang menggunakan nama Mirza Global Photography.
Perbuatan tidak profesional Nawawi ini dilihat boleh menyemarakkan lagi tidak puas hati dan kemarahan rakyat terhadap kerajaan berikutan pelaksanaan GST bermula 1 April yang ditakuti menyebabkan kenaikan harga barangan.
Nawawi sebelum ini mencetuskan kemarahan orang ramai apabila menyelar keturunan Jawa dan menyarankan mereka supaya balik ke Indonesia.
Terdahulu dia juga menghina mayat mendiang Karpal Sigh dan kemudian meminta maaf selepas mendapat kutukan ramai termasuk daripada pemimpin Barisan Nasional (BN). -FMT.