Terlajak Seksi - Pengasas Product Kecantikan Minta Maaf Kerana Terseksi Dgn Jubah Putih.


Aku punya la terfikir-fikir sapa la lelaki yang dorang dok kutuk-kutuk sebab pakai jubah jarang. Pasal benda tu buat aku jadi pelik. Walaupun aku faham kenapa gambar berkenaan viral tetapi aku tak faham kenapa lelaki tu disindir-sindir dengan tagline 'terlajak laris' product kesihatan dan kecantikan D'Herbs.

Bila dah lama-lama baru aku faham kenapa. Itupun selepas 2 hari. Rupa2nya dia pengasas product D'Herbs. Memang kena la dengan sindiran tu.

Jubah yang dia pakai memang seksi. Tak kena langsung dengan peranan yang jubah tu cuba sampaikan. Tetapi lelaki tu dah padamkan gambar dia. Selepas dia sendiri yang upload dan sebar di laman Instagram. Kiranya sedar la gambar tersebut merupakan satu kesilapan. Pada aku. Isu gambar seksi dia hal kecil. Baik bahas isu iklan D'Herbs. Bagi aku iklan2 D'Herbs isu besar sebab dia membayangkan yang peniaga berjaya macam dia sangat bodoh dan bebal dalam strategi marketing.

Ada 1 iklan D'Herbs tu. Aku tertengok. Sebab tak pernah tengok. Kalau dah pernah tengok dan tahu iklan tu iklan D'Herbs memang aku takan tengok sebab tak sanggup sembahkan mata aku dengan iklan bangang. Iklan pasal product putihkan kulit. Dia nak jual product putihkan kulit. Tapi dok ejek-ejek orang hitam sebab muka je putih manakala tangan hitam. Eeee hitamnya. Hitamnya. Dia kata. Muka putih sebab ada product kecantikan. Tapi tangan hitam sebab tak guna product kecantikan. Lepas sapu je product yang dia jual tu terus laju2 pompuan tu punya tangan jadi putih. Ya tuhan. Bodohnya mesej iklan dia. Tapi kalau ada yang beli selepas tengok iklan tu lagi 2 kali bodoh dari iklan tu. Sejujurnya. Ini tak ulas dari bab agama lagi. Iklan tu tak patuh syariah pun. Ada ka lengan, leher dan rambut bukan aurat wanita? Sebab yang buat iklan tu bukan KPOP. Hanya KPOP je haram. Selain KPOP, halal. Maka takde la JAWI JAKIM apa ka mai komplen laju2.

Sekali pandang pun tahu betapa penipunya iklan product2 pemutih tu. Kalau sungguh product tu boleh putihkan kulit orang dah laju2 dah depa amek model macam Dayang Nurfaezah. Bukan amek model yang memang putih untuk jual ubat putih. Bodoh la sapa yang percaya. Satu2 product kalau boleh putihkan kulit mesti takan terjual secara terbuka macam suntikan. Mahal pun mahal. Orang2 kaya tahu la. Artis2 pun tahu. Sudah2 la nak membohong orang. Instead of dari suruh orang berlumba2 jadi putih, mengejar sesuatu yang tak pasti, yang mana bila mati nanti warna kulit sikit pun tak effect point ko depan Allah, dan warna kulit hitam atau putih pun memang kerja tuhan, baik ko ajar manusia agar bersyukur dengan warna kulit sendiri. Terima la realiti. Kalau ko dilahirkan hitam, ko tetapla hitam sampai mati. Kalau ko dilahirkan putih, ko putih sampai mati. Takyah kisah warna kulit manusia. Janji kulit ko sihat dan bebas penyakit sudahla. Pengasas product2 kecantikan patut fikir macam neh. Jangan asyik nak tiru dan tipu orang je. Cuba la cipta satu product yang mana ianya mendidik kita erti syukur dengan warna kulit sendiri. Orang hitam, coklat, tak berapa putih tak cantik sebab dorang tak putih ek? Menjadi cantik maksudnya mesti menjadi putih ek? Ini Islam compliance ke? Otak, masing2 ada. Akal, belum tentu. Kadang2 aku kesian tengok orang hitam dan orang putih yang sibuk memikir isu warna kulit. Kenapa la sanggup diperbodohkan oleh kapitalis sebegitu rupa. Itu baru cerita bab product. Kalau bab iklan? Ya tuhan. Upah la syarikat yang berkelayakan untuk buat iklan ko. Buruk bebeno idea marketing ko tu hah. Aku tengok pun rasa meluat. Menyampah!

Share this :

Previous
Next Post »