Wajah Dalang Utama Pembunuhan 142 Pelajar Di Kenya Didedahkan - Islam Sekali Lagi Jadi Kritikan & Dikaitkan DGN Keganasan.

Sebahagian dari mangsa pembunuhan beramai-ramai
Sungguhpun insiden pembunuhan di Universiti Garissa tidak mendapat liputan 'mewah' seperti insiden 'Charlie Hebdo' tetapi imej Islam sekali lagi dikaitkan dengan insiden keganasan apabila serangan di Kenya itu dikaitkan dengan kumpulan militan yang diberi nama Al-Shaabab. 

Al-Shaabab ialah kumpulan pelampau agama (Islam dan dikatakan sebagai militan Islam) yang berasal dari Somalia. Dan individu ini didedahkan oleh pihak berkuasa Kenya sebagai perancang utama dalam insiden keganasan antara yang terburuk di Kenya itu.


- Mohamed Mohamud

- Warganegara Kenya 

- Islam

- Berumur 40an

- Memiliki 3 isteri 

- Mengetuai operasi Al-Shaabab di Kenya

- Bekas guru

- Dikaitkan dengan beberapa serangan keganasan antaranya pembunuhan 67 orang awam di Nairobi pada tahun 2013.

- Melakukan serangan di universiti sebagai serangan balas terhadap kerajaan yang membanteras kumpulan militan Al-Shaabab yang semakin berkembang di Kenya.

- Sebelum ini beberapa orang kanannya telah mati dibunuh oleh pihak berkuasa Kenya dalam operasi membanteras kumpulan pelampau agama di negara tersebut.

 
Itu apa yang disebarkan oleh beberapa media antarabangsa. Aku tak boleh jamin jika sebaran mereka adalah fakta tetapi satu benda yang aku nampak, imej Islam yang aman dan damai semakin pudar dan digantikan pula sebagai agama yang terkait dengan aktiviti keganasan, pembunuhan dan kekejaman. 

Kau boleh tengok apa yang WSJ update. Dengan tajuk yang menyedihkan dan komen yang menyedihkan.


Aku rasa kita semua kena prepare menjadi orang Islam yang tabah. Ada banyak kumpulan agama yang mengatakan mereka perjuangkan agama. Tapi mereka bunuh orang. Dan bunuh orang. Dan sentiasa bunuh orang. Pelajar pun mereka bunuh. Kanak-kanak pun mereka bunuh. Wanita pun mereka bunuh. Orang tua pun mereka bunuh. Semua orang mereka bunuh dan mereka halalkan pembunuhan atas nama agama.

Serangan di Garrisa Universiti ialah satu insiden pencerobohan ke dalam bangunan universiti. Pelajar-pelajar ditawan. Lebih kurang hampir 700 orang. Yang mana menyaksikan 142 dari mereka akhirnya mati dibunuh beramai-ramai.

Pencerobohan itu bermula pada awal pagi khamis dan berakhir pada waktu petang di hari yang sama. Pasukan keselamatan Kenya akhirnya berjaya membunuh kesemua pihak militan yang menceroboh ke bangunan universiti dan berhasil menawan seorang yang disyaki militan yang masih hidup ketika dia menyusup keluar untuk beredar dari tempat kejadian.

Keseluruhan yang maut ialah 147 namun 5 dari yang terkorban ialah pasukan keselamatan Kenya yang terkorban dalam operasi membebaskan tebusan.

Kenya sebuah negara yang miskin dengan universiti seperti ini.



Satu lagi versi yang disebarkan oleh media-media antarabangsa ialah apabila anggota militan hanya membunuh mereka yang bukan menganuti agama Islam. Media antarabangsa seperti Dailymail UK melaporkan terdapat saksi (tebusan) yang ditanyakan soalan ketika ditahan. Anggota militan bertanya jika tebusan beragama Islam atau tidak. Dan jika tebusan menjawab YA, tebusan itu kemudiannya disuruh mengucap. Jika berjaya maka akan dibebaskan. Jika gagal dan bukan beragama Islam akan ditembak serta merta. Selepas ditembak, mangsa kemudiannya akan diperiksa bagi memastikan dia telah terkorban.

Populasi Kenya didominasi 80% penganut Kristian.

Dan serangan ini disifatkan sebagai militan Islam yang menyerang kumpulan bukan Islam di Kenya bagi membalas operasi ketenteraan yang membanteras kumpulan pengganas muslim di negara tersebut.

Satu lagi. Di Kenya pihak berkuasa juga telah mengeluarkan arahan dengan melarang mana-mana pihak (warganegara sahaja) menyiarkan gambar-gambar pembunuhan yang berlaku di universiti Garissa di media sosial atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

Namun gambar-gambar kematian terus-terusan tersebar di pelbagai platform media sosial. Sekalipun kau boleh larang rakyat sendiri tapi kau tak boleh larang orang luar kot. Gambar2 seperti itu mungkin dilarang dari disebar untuk menghormati ahli keluarga mangsa.

Media juga melaporkan bahawa serangan memang sengaja dilakukan pada hari khamis, sehari sebelum sambutan 'Good Friday' oleh penganut Kristian sebagai tanda 'balas dendam'.

Terlalu banyak pembunuhan. Dan terlalu ramai manusia yang fikir mati dan pembunuhan ialah cara menyelesaikan masalah. Dunia menjadi terlalu menakutkan dan Islam yang damai pula dianggap agama yang cintakan darah. Semua berpunca dari satu populasi bernama manusia. Haizh.


Rujukan gambar dan berita. 

- Yahoo News
- WSJ
- Dailymail UK
- MSN News
- BBC
- SKY News

Share this :

Previous
Next Post »