t>

Breaking News

Wakil Penduduk Taman Medan Diserang Isu Peribadi Selepas Anjur Protes Bantah Salib.


Ini la perangai orang kita. Nak membetulkan benda salah. Tapi menggunakan cara yang salah.

Penyudahnya.
Kita salah, dia salah, semua salah. Adakah sesiapa sedang atau telah berjaya membetulkan perkara yang salah? Nope. Sebaliknya semua sedang melakukan kesalahan bersama-sama dengan niat yang kononnya mahu membetulkan perkara yang salah.

Beberapa blog dan di laman sosial seperti WhatsApp dan facebook juga. Sedang tersebar gambar salah seorang yang berdemo isu protes lambang salib yang mereka minta diturunkan di kawasan Taman Medan, Petaling Jaya pada semalam. Individu berkenaan dirujuk sebagai Datuk Abdullah Abu Bakar, ketua kampung kepada wakil penduduk Taman Medan.

Ini yang disebarkan.


Bergambar di dalam kasino. Ada yang merujuk sebagai kaki judi. WOW. WOW. WOW. Hanya satu gambar saja. Jangan kau semua memandai2 membuat kesimpulan sebarangan.

Relax brada.
Relax sista.
We take it easy.

Isu yang dibangkitkan. Demo minta lambang salib diturunkan dari premis gereja. Memang satu isu yang memperbodohkan diri dan umat. Dan takde point nak sokong matlamat demo mereka. Kerana ia seolah2 mengambarkan kita neh bangang sangat nak rasa tergugat dengan lambang salib. Dari kecik sampai ke besar belajar agama, tengok lambang salib terasa nak murtad? Gila ke kau?

Jika terasa nak murtad bukan kerana lambang salib tetapi kerana imam kau lemah. Dah tahu lemah p la topup dengan cara belajar agama. Bila kau belajar maka kau dapat ilmu. Baik untuk kau dan akidah kau.

Untuk membetulkan pakcik2 yang senget akalnya ialah dengan cara berhujah dan berforum.

Kita bagitau kenapa demo mereka salah.
Dan kita juga kena selidik kaitan demo tersebut dengan UMNO.
Kita takmo demo itu dijadikan sebagai alat propaganda bagi memupuk semangat kebencian antara agama dan kaum di Malaysia.
Kita taknak ahli politik mempolitikan kepercayaan kita. Setakat itu je la hujah2 kita. Tak perlu la kita pergi korek gambar itu gambar ini dengan niat nak lemparkan tuduhan membuta tuli. Seperti kita, dia juga manusia. Katakanla itu gambar ketika dia sedang berjudi (sekadar contoh) dan belum mengamalkan cara hidup Islam, maka siapa aku dan kau untuk menghukum perkara yang lepas?

Jadi jangan la melampaui batas. Amek yang tengah2 sudah. Betulkan benda salah yang pakcik makcik tue buat. Sesetengahnya membaca sebagai alat propaganda bagi menimbulkan kebencian. Sesetengahnya pula berpendapat bahawa kumpulan pendemo itu tak cukup ilmu agama dan memang bangang sebab takut dengan lambang salib. Aku pula berpandangan kedua-duanya. Dek kerana bangang, maka biar diri menjadi alat propaganda politik. Atau kerana nak cetus polemik politik, sanggup biar diri dilihat bangang. Sudah2 la. Agama bukan perhiasan di depan wartawan. Ia untuk kau amal dan aplicate dalam kehidupan kau. Setakat sembang kencang tentang Islam tapi takut dengan lambang salib, elok kau semua pergi muhasabah diri lagi bagus. 

Kbai.