t>

Breaking News

ADUN Pahang Naik Gaji Dari 4,000 Kepada 11,000 Sebulan.

Ada kaitan dengan sokongan kepada Najib ke?
Gaji asal 4,000. Sekarang naik kepada 11,000 sebulan.
Mereka bagi alasan 'demi kebajikan rakyat' gaji dinaikkan. Tapi hakikatnya jika ADUN naik gaji maka wang pencen pun bertambah juga selepas bersara.
Kalau demi rakyat baik kau terus naikkan kadar bantuan JKM ataupun kurangkan kos pengajian tinggi ataupun murahkan harga rumah ataupun tingkatkan kualiti prasarana awam dalam sektor pendidikan, keselamatan dan kesihatan kerana itu secara langsung semua rakyat dapat manfaat. Ini hanya adun2 aje dapat manfaat. Itupun nak mengharapkan depa turun padang dan hulur bantuan. Kalau tak turun padang, ada ke kenaikan gaji tadinya tue dapat memanfaatkan rakyat? Setan punya MB Pahang. Cakap macam bagus-bagus je padahal haprak nak mampos.
Baca ;
Dewan Undangan Negeri Pahang hari ini meluluskan Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980 (Pindaan 2015) yang menyaksikan kenaikan elaun 42 anggota Dewan Undangan Negeri daripada RM4,100 kepada RM11,000 sebulan, berkuat kuasa 1 Jan lepas.

Terdahulu, rang undang-undang bagi pindaan itu dibentangkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan disokong oleh Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail (BN-Pulau Tawar).

Adnan (bawah) berkata elaun ADUN Pahang kali terakhir disemak pada tahun 1980 dan ia telah ditangguhkan terlalu lama berbanding negeri-negeri lain yang telah melakukan pindaan.

"Cadangan pindaan ini kita telah ambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat.

"Jika elaun dinaikkan para ADUN dapat memberi perkhidmatan lebih baik kepada rakyat," katanya yang kemudian mendapat sokongan majoriti ADUN termasuk ADUN pembangkang.

Choong Siew Ong (DAP-Tras) yang menyokong kenaikan elaun itu berkata elaun yang tinggi memberi lebih peluang kepada ADUN menjadi 'wang tunai segera' khususnya dalam membantu rakyat yang ditimpa kesusahan atau kes kecemasan seperti kemalangan, kecederaan atau kematian.

"Ia juga dapat menjadi penjamin kepada para pelajar yang ingin memohon biasiswa bagi meneruskan pelajaran mereka," katanya yang mahu elaun ditingkatkan kepada seberapa tinggi yang kerajaan negeri mampu berikan.

Persidangan itu juga meluluskan usul mencadangkan pelantikan Pengerusi MCA Pahang Datuk Hoh Khai Mun dan Ketua Wanita UMNO Kuala Krau Norahan Abu Bakar sebagai anggota Dewan Negara selama tiga tahun.

Persidangan kemudian ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

- Bernama