t>

Breaking News

Akhlak Orang Islam Tertinggal Di Jepun - Lihat Bagaimana Rakyat Jepun Menonton Bola Sepak Di Negara Sendiri.


Ayat telah disusun semula bagi tujuan penyebaran.

Perkongsian dari facebooker Syairil Reza.

Aku baru balik dari Jepun bulan 4 hari tu. Kat sana aku sempat tengok game bola Tokyo FC VS Hiroshima. 

Aku tengok kedua-dua penyokong sangat2 disiplin. Stadium kapasiti .... 

Aku tengok diorang takyah letak RELA ribu2 polis takde...

Yang ade pun nampak guard tu pun tak banyak dan tegak teguh sampai habis game. Cuma yang diorang letak aku tengok budak-budak jaga keliling stadium kot2 ade yg nak tanye seating kt mana. Penyokong diorang hanya duduk kat kerusi nombor yang tertera kat tiket masing2..waktu game bola start diorang fokus nyanyi sorak takde handphone nak amik gambar ke selfie ke..halftime hisap rokok kene keluar area stadium dalam tak boleh. Pergi toilet beli barang beli air semua beratur tak kesah panjang atau ramai. 

Walau main kat home Tokyo Ajinomoto Stadium, Tokyo kalah 2-1 tapi player hormat penyokong pusing satu stadium tunduk hormat. Yang best habis game satu sampah pun aku tak jumpa. Aku ade selitkan gambar stadium selepas habis game. Bola kat jepun macam pergi taman nampak penuh mak bapak bawa anak-anak kecik.. biar depa jalan2.."family oriented game" 
 
Note : Aku beli tiket murah tapi dapat turun bawah jalan sampai kat Ultras Tokyo pasal takde org duduk kat tangga tengah dan takde orang jaga pintu masuk kat seating.. semua orang Jepun situ ikut peraturan. Balik jalan pergi train semua beratur, tak sesak langsung..

Sumber : Sukan Star TV.