t>

Breaking News

Inila Perangai Sebenar Menteri - Menafikan Semua Bantuan Pertanian Jika Wan Azizah Datang Meminta.

Ketika kempen PRK Permatang Pauh hari tue, Ismail Sabri ada keluarkan satu kenyataan seperti yang dilaporkan semula oleh Malaysia Review.

Rujuk ;

Kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh semakin hangat apabila pengundi Permatang Pauh hari ini diberi amaran melupakan terus sebarang bantuan dari Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani jika PKR terus menang di kawasan itu.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebaliknya berjanji akan meluluskan sebarang projek pertanian jika calon Barisan Nasional (BN), Suhaimi Sabudin, menang menentang calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“Soal pertanian, calon kita akan boleh bangkitkan di Parlimen. Tambahan pula ini adalah kawasan pertanian.
“Saya pasti akan luluskan semua yang diminta Suhaimi, jika beliau minta,” katanya.
Tegasnya, beliau tidak berminat langsung untuk berjumpa dengan Dr Wan Azizah di pejabatnya jika calon PKR itu berhasrat merayu bantuan tersebut.
“Kalau Dr Wan Azizah, tak ada sebab pun untuk saya jumpa dia.
“Sampai lobi pun kita tak bagi dia masuk, sebab dia parti lain,” kata Ismail sewaktu bercakap kepada lebih 100 orang penyokong BN di kawasan itu.
Justeru, beliau mengingatkan pengundi di Permatang Pauh agar membuat pilihan yang tepat pada hari membuang undi, 7 Mei ini.
“Dalam pilihan raya ini, jangan fikirkan sangat siapa calonnya.
“Sebaliknya, fikirkan apa yang kita boleh dapat jika calon tertentu menang,” katanya.
Sementara itu, Suhaimi melahirkan keyakinannya terhadap peralihan dalam sokongan pengundi sepanjang tempoh seminggu berkempen.
“Kita dapat lihat setakat ini di 3 kerusi, sokongan mula kembali kepada BN.
“Semoga kita semua dapat melakar sejarah baru di Permatang Pauh,” kata Suhaimi merujuk kepada tema ‘Melakar Sejarah Baru’ yang digunakan dalam kempennya.
Turut hadir pada majlis petang ini ialah Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ahli Dewan Undangan Negeri Pinang Tunggal Datuk Roslan Saidin dan Ketua Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said

Berita dilaporkan pada 1 Mei lepas. 

Point penting ;

1. Jika calon BN menang PRK Permatang Pauh, menteri akan luluskan semua peruntukan untuk pertanian seperti yang diminta oleh Suhaimi.

2. Tetapi situasi ini akan berubah jika PKR yang menang.

3. Ini kerana menteri secara terbuka mengakui tidak mahu menemui Wan Azizah.

4. Alasan yang diberikan adalah kerana Wan Azizah ialah wakil rakyat dari parti lawan (jika menang).

5. Walau hanya di lobi pun menteri taknak bagi Wan Azizah masuk jika berhubung isu bantuan dan peruntukan berkaitan pertanian.

Nampak?

Nampakk?

Belum menang lagi. Itu baru jadi calon je. Seorang menteri mengeluarkan kata2 berbaur ugutan. Sekarang dah confirm pula Wan Azizah menang. Maka secara automatik tak salah lagi nak anggap menteri akan tolak semua permohonan bantuan yang diminta oleh Wan Azizah kepada kementerian berkenaan bagi perkara2 berkaitan pertanian.

Adakah ini betul?

Kutip cukai dari semua. Lue PR ka BN ka apa ka semua kutip. Tak kira parti sama-sama bayar GST. Tapi time agih bantuan hanya boleh melalui saluran wakil rakyat dari UMNO? Ini undang2 mane lue pakai neh setan? Sampai taknak jumpa Wan Azizah. Masuk lobi pun dia tak bagi. Gila ke apa buat kenyataan berbaur bahlol macam tue.

Gaji dia pun rakyat bayar. Bukan kira orang UMNO je. Harap2 malaon neh kalah time PRU kelak. Kumpul2 la statement2 dia now. Start kempen dari sekarang. Menteri berlagak macam neh perlu diajar wooo.