Demikian dinyatakan Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek susulan arahan menarik semula jualan produk itu di kesemua 30 KR1M di Sarawak.

“Kalau kita hendak buat (tindakan) kepada semua (KR1M), kita minta Kementerian Kesihatan kaji dan buat keputusan.

“Bagi kita, kuasa menarik semula (produk) adalah kuasa Kementerian Kesihatan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Pesta Kaamatan di Pasar Besar Kota Kinabalu di sini hari ini.

Beliau mengulas arahan kepada 30 KR1M di Sarawak menarik semula jualan produk kicap soya masin jenama KR1M yang dikesan mengandungi bahan pengawet berlebihan.

Arahan itu dibuat selepas hasil ujian pensampelan oleh Jabatan Kimia mendapati kicap tersebut terlebih kandungan asid benzoik sebanyak 20 miligram. - UTUSAN ONLINE