t>

Breaking News

Lelaki Berusia 60 Tahun Dibebaskan Selepas Merogol Remaja 15 Tahun Di Sarawak.


Ini satu lagi kejadian pelik yang berlaku di negara kita. Seorang pesalah rogol dibebaskan dengan penuh bergaya dari 4 pertuduhan rogol ke atas seorang remaja yang berusia 15 tahun. Remaja berkenaan bukan sahaja didapati mengandung bahkan telah melahirkan anak dalam kandungannya. Yang lebih power, fakta DNA membuktikan anak kandungannya ialah si perogol yang dibebaskan. 

Fakta kes ;

- Remaja berkenaan dirogol pada tahun 2011

- Ketika itu baru berusia 15 tahun

- Dirogol sekitar bulan Mei, Jun, Julai dan Ogos

- Di salah sebuah hotel di Sibu

- Menurut keterangan yang tertuduh, si lelaki berkenaan tidak pernah memasukkan Z ke dalam V mangsa rogol sebaliknya mangsa rogol memuaskan nafsunya menggunakan jari sehingga dia teransang dan dengan menggunakan jarinya yang dipenuhi dengan air mani, dia memasukkan ke dalam V mangsa rogol tersebut.

- Namun mangsa pula memberikan versi cerita yang berlainan.

- Mangsa mendedahkan bahawa dia dirogol dan Z telah dimasukkan ke dalam V bukan dengan menggunakan jari si pesalah rogol bahkan perbuatan rogol itu memang berlaku.

- Merujuk undang2 di negara Malaysia, takrifan rogol membawa maksud hubungan SEKS tanpa rela atau dengan kanak-kanak / remaja di bawah umur tetapi perlu ada pembuktikan bahawa V telah ditembusi dengan Z walaupun dalam kadar yang minimal.

- Jika kes gagal membuktikan 'penembusan' itu wujud, pesalah hanya boleh disabitkan dengan pertuduhan cubaan merogol atau serangan tidak senonoh ke atas mangsa. 

- Oleh kerana dalam kes berkenaan, si tertuduh berjaya menyakinkan hakim mahkamah rayuan bahawa penembusan tidak wujud sebaliknya hanya menggunakan jari sehingga remaja berkenaan hamil, maka tertuduh dibebaskan dari sabitan rogol.

- Untuk rekod, pada awalnya si tertuduh telah pun didapati bersalah oleh mahkamah seksyen dan mahkamah tinggi sebelum kes di bawa ke mahkamah rayuan dan dibebaskan dari pertuduhan rogol.

- Pembebasan Bunya Jalong telah mencetuskan kritikan di alam maya dan beberapa pihak tampil memberikan cadangan bahawa takrifan rogol dalam kanun keseksaan seksyen 375 perlu dipinda dan diperbaharui segera bagi meluaskan definisi rogol tidak hanya tertakluk kepada penembusan Z ke dalam V semata-mata.

Sumber : Borneo Post.