Melayu Gaduh Demi Bola, Cina Makin Maju, GST Taknak Lawan, Demi Bola Sanggup Riot - Bukti Penyokong Terengganu Bebal Nak Mampos!


Tahu kah anda semalam penyokong Terengganu mengamuk? 

Baca jap ;
Penyingkiran Terengganu di separuh akhir Piala FA kepada Lions XII, malam Ahad, mencetus kekecohan di Stadium Sultan Mizan, Gong Badak, Kuala Terengganu.
Beratus penyokong merusuh sejurus berakhir perlawanan.
Video berdurasi 17 saat yang dimuat naik menunjukkan gelagat ganas penonton yang dikatakan mengejar pengadil sebaik perlawanan tamat.
Sekalipun menang 3-2, Terengganu, ia gagal layak ke final selepas kedudukan agregat 4-4 memihak Lions XII menerusi kelebihan gol di tempat lawan.
Kekecohan dikatakan tercetus selepas penyokong tidak berpuas hati dengan pembatalan gol Terengganu yang dijaringkan di minit-minit terakhir perlawanan kerana offside.
Dalam keganasan yang berlaku, sebuah ambulan terbakar dan meletup manakala cermin bas yang membawa pasukan Lions XII pecah. -FMT.

Penyokong bola sepak sebegini akan sentiasa dikenang sebagai penyokong bola yang bodoh. Terlalu bodoh sehingga gagal digambarkan dek kata-kata. Kenapa mereka bodoh?

Bodoh yang pertama. Bola sepak ialah satu pertandingan semata-mata. Kalah menang pun bukan sesiapa akan mati.

Bodoh yang kedua. Kalau menang sekalipun, pemain dapat untung. Penyokong bukan dapat apa-apa. Kena keluar duit lagi ada. Duit jersi la duit tiket la duit segala macam la semata-mata untuk sokong team kesayangan.

Bodoh yang ketiga. Sanggup beria2 marah, frust, kecewa sampai baling botol, kejar pengadil, pukul polis apa semua mata-mata jaringan tak dikira. Sedangkan protokol untuk mempertikaikan tindakan pengadil itu ada. Kekasaran dan keganasan dalam kes seperti ini sebenarnya takde faedah satusen pun.

Bodoh yang keempat. Lepas tue mula la bengkek dan berdendam sebab kena dakwa bagai. Rasa dunia neh tak adil, zalim dan blablabla sebab menghukum orang2 biasa macam kau yang taksub dalam bola sepak.

Benda boleh fikir.
Bola tue bola je.
Kau tengok sebagai hiburan.
Kalau menang kau rasa berbaloi la masa dan wang yang kau spent.
Kalau kalah kau rasa rugi. Tapi adat la. Bukan orang paksa kau tengok. Kau sendiri yang rela nak tengok. So risiko tue kau pandai-pandai la hadap sebab kau yang nak tengok. Kalau permainan tak adil, pengadil bangang ke apa, itu kau boleh protes guna budi bicara sudah. Surat ada memo pun boleh. Ada atau takde tindakan itu belakang cerita yang penting usaha. Sebab ini hanya bola. Menang pun kau tak kemana. Lainla kalau ko jual jersi dan terlibat dalam bisnes bola sepak bagai neh. Memang la jenis boleh buat duit dalam bola.

Jangan sampai demi bola kau beria-ria nak buat jenayah bagai sebab takde faedah satusen pun. Pemain2 jika menang pun tak share hadiah kemenangan dengan kau, so kau sapa yang beria2 taksub nak mereka menang. BODOH sangat.

Sedangkan. Hal-hal yang menyentuh diri kita seperti GST pun penyokong2 gila neh tak beria2 plak mengamuk bagai melawan atau mengejar Najib. GST dah tentu2 usik poket kita. Jejaskan hidup kita. Tingkatkan kos sara hidup. Taknak mengamuk pula. Taknak baling botol kat Najib pula. Taknak pukul polis yang bekap kerajaan pula? Kenapa? Benda tue kalau ko buat orang akan anggap kau wira kot. Mungkin tak semua tapi kau tetap akan dianggap wira oleh sebahagian dari kita.

Kalau demi bola? Sapa anggap kau wira? Saf-saf kau? Itupun sekejap je. Time senang ye la wira bagai. Bila polis dah heret, dakwa bagai, kau kesusahan, semua kawan2 kau akan lari meninggalkan kau keseorangan. Wira lagi? Wira hotak kau berjambul ada la!

Bagaimana la agaknya penyokong2 taksub ini berfikir? BTW, mereka ada otak ke untuk digunakan berfikir sebenarnya? HAHAHAHA.
 

Penyokong Terengganu mengamuk
Penyokong Terengganu mengamuk
Posted by Ameno World on Sunday, May 17, 2015

Share this :

Previous
Next Post »