t>

Breaking News

Pelarian Rohingya Minum Air Kencing Sendiri Selepas 4 Buah Negara Menolak Untuk Membantu Mereka.

Laungan Terdesak Rohingya dan Pendatang Bangladesh Hanyut Di Laut Andaman
Sebuah bot nelayan kayu yang membawa kira-kira 400 warga Bangladesh dan Rohingya Islam dari Myanmar kini sedang hanyut di Laut Andaman perairan pulau Koh Lipe tanpa haluan.
Seorang wartawan New York Times, Thomas Fuller menceritakan pengalamannya mendekati sebuah bot pelarian tersebut di laut Andaman menuju ke arah Selat Melaka.
Apabila beliau mendekati bot berkenaan di terdegar suara meminta tolong. "Sila membantu kami Saya tidak mempunyai air, sila berikan saya sedikit air!"
Bagaimanapun terdapat beberapa nelayan Thailand yang prihatin telah manghangtar sedikit bantuan makanan yang mereka mampu kepada pelarian-pelarian tersebut.
Menurut laporan wartawan tersebut, mereka terpaksa minum air kencing mereka sendiri dalam usaha untuk terus hidup.
"Mereka menceritakan kepada saya, sudah tiga bulan mereka berada di atas bot kayu tersebut dimana 10 orang telah meninggal dunia dan di buang ke dalam laut."
"Berdasarkan laporan terdapat sekurang-kurangnya 6000 orang pelarian ini sedang terapung di Laut Andaman dan Selat Melaka," katanya.
Pihak berkuasa Thailand telah bertegas tidak membenarkan bot membawa pelarian tersebut mendarat di daratan negara mereka.
Pegawai polis serantau Mejar Jeneral Puttichat Akhachan memberitahu Reuters: "Kami menolak mereka masuk ke negara ini tetapi kita memberi mereka makanan dan air untuk mematuhi obligasi hak asasi manusia kita."
Menurut Somchai Na Bangchang, seorang laksamana dalam Tentera Laut Diraja Thai, berkata pendatang tidak mahu mendarat di Thailand tetapi sebaliknya mahu pergi ke Malaysia atau Indonesia.
Dalam perkembangan terbaru, pihak berkuasa Thailand telah membenarkan mereka mendekai pantai. Mereka menyediakan beberapa buah bot untuk menghantar makanan air dan ubat-ubatan sebelum menunda mereka semula kembali ke laut pada pagi Jumaat tadi.
Mereka menggunakan Koh Lipe sebagai pusat operasi penghantaran bantuan kepada pelarian pelarian ini.
Rohingya yang dinafikan hak kewarganegaraan oleh undang-undang Myanmar. Semasa mereka berada di negara sendiri etnik ini mempunyai akses yang terhad kepada pendidikan atau penjagaan kesihatan yang mencukupi dan tidak boleh bergerak dengan bebas.
Mereka telah diserang oleh tentera dan dikejar dari rumah-rumah dan tanah mereka oleh pelampau Buddha di negara yang menganggap mereka sebagai peneroka haram. Sudah beribu-ribu nyawa etnik ini dibunuh di sana.
Amerika Syarikat tahun lepas telah melabelkan Thailand dan Malaysia sebagai pusat pemerdangan manusia paling teruk di dunia.
Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon berkata beliau "terkejut dengan laporan bahawa beberapa negara yang enggan membenarkan bot-bot pelarian masuk ke negara mereka".
Beliau menggesa kerajaan yang terlibat untuk memberi mereka mendarat dan memberi bantuan yang sewajarnya kepada mereka yang memerlukan."
Sedang anda membaca artikel ini pelarian-pelarian itu kini masih berada di tengah laut terumbang ambing dengan makanan yang tidak mencukupi.
Antara mereka terdapat anak-anak kecil, terdaapt golongan tua dan juga ibu mengandung. Apabila ada yang meninggal, dasar lautlah kubur mereka.
Memetik dari Facebook Megat A Rithauddeen, 15 Mei adalah hari umat Islam memperingati peristiwa Naqba pada tahun 1948 di bumi Palestin. Hari pencerobohan dan pemusnahan lebih 500 bandar dan kampung di Palestin yang menyebabkan lebih 700000 warga Palestin menjadi pelarian. Pada hari tersebut, seluruh dunia terus membisu membiarkan ia berlaku.
Janganlah pula kita jadikan tarikh ini sebagai tarikh Malaysia dan rantau nusantara ini membiarkan saudara seislam pelarian Rohingya yang lari dari kekejaman di Myanmar mati kebuluran di tengah lautan. -SS@FB.