t>

Breaking News

Rani Kulup Lapor Polis Isu FMC Berlumba - Bas Pun Berlumba, Ini Sungguh Kurang Ajar Kata Rani Kulup.

Aku sekarang dah berkawan dengan Ayahanda Rani Kulup. Dia memang kelakar wei.

WAKAKAKA.

Bila dah berkawan dengan dia terasa serba salah pula nak kurang ajar atau cakap lepas sebab hormat orang tua kan. Memang peribadinya kelakar. Lantak ko la Ayahanda. Janji tak curi duit orang atau susahkan orang sudah la. Kau nak kelakar-kelakar ke report polis bagai ke lantak ko la.

MUAHAHAHA..

Laporan oleh Malaysiakini ;

NGO Melayu, Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) memberi amaran kepada pelumba jalan raya yang dilabelkan sebagai kurang ajar sehingga menyebabkan kemalangan jiwa.

Merujuk ahli kelab kereta Familia Myvi Club yang berlumba di Lebuhraya DUKE tiga hari lalu sehingga menyebabkan dua-beradik menjadi yatim piatu, Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah mencadangkan supaya kerajaan agar menyediakan tempat berlumba.