t>

Breaking News

Rosmah Rasmikan Laman Web Permata.


Website yang cantik. Tertanya-tanya juga berapakah kosnya dan siapakah yang diberikan amanah untuk kendalikan dan uruskan website tersebut.

Baca ;
Datin Seri Rosmah Mansor melahirkankebimbangan terhadap segelintir masyarakat yang cenderung menggunakan laman sesawang sebagai medium untuk meluahkan perasaan tidak puas hati.
Isteri Perdana Menteri berkata, tindakan itu akan menimbulkan fitnah terhadap pihak-pihak tertentu, lapor Bernama.
“Saya percaya ia bukanlah cara terbaik kerana penyalahgunaan laman sesawang secara tidak beretika tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.
“Sebagai pengguna, pastikan ia digunakan bagi membantu kita mendapat maklumat untuk kebaikan bersama,” katanya.
Sebelum itu, Rosmah telah merasmikan laman sesawang Program Permata yang kini berwajah baharu dan dilengkapi dengan ciri-ciri terkini termasuk video, perkongsian fail dan blog untuk capaian khalayak yang lebih ramai.
“Adalah diharapkan melalui laman sesawang www.programpermata.my ini, perhubungan dan komunikasi antara Permata dengan khalayak menjadi lebih cepat dan memberikan kebaikan untuk dimanfaatkan pengguna.
“Laman sesawang ini juga akan memberikan peluang kepada pelawat mengunjunginya tidak kira masa dan di mana sahaja tanpa sempadan,” ujarnya yang turut berharap laman web itu tidak disalahgunakan sehingga membawa kemudaratan.
Dalam pada itu, Rosmah yang juga Penaung Permata berkata, Permata sedang membina Pusat Permata Kurnia untuk kanak-kanak autisme yang akan beroperasi pada Oktober tahun ini dan Hospital Pakar Kanak-Kanak yang dijangka siap pada 2017. -FMT.