t>

Breaking News

Surat Terbuka Kepada Sultan Pahang.


Tuanku Sultan Negeri Pahang Darul Makmur 20 Mei 2015.

Salam sejahtera Tuanku Sultan Negeri Pahang. Saya MANUSIA yang bekerja di kawasan Gebeng Kuantan untuk menyara diri sendiri dan keluarga. Mohon jasa baik Tuanku Sultan Negeri Pahang supaya turun padang dan melihat keadaan kawasan Gebeng, Pelabuhan Kuantan dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Sekiranya tidak terdetik sedih dan hiba dihati Tuanku Sultan Negeri Pahang setelah turun padang melihat keadaan sebenar di kawasan-kawasan ini tidak saya berasa terkilan.
Tapi sekiranya terdetik sedih dan hiba Tuanku Sultan Negeri Pahang melihat dengan mata kepala sendiri amatlah saya hargai. Mohon Tuanku Sultan Negeri Pahang mengimaginasikan cucu atau cicit Tuanku Sultan yang berdiam dan berumah di kawasan Pantai Selamat bersebelahan pelabuhan Kuantan, adakah kiranya tergamak hati Tuanku Sultan Negeri Pahang melihat keadaan tempat diam dan rumah mereka di selaput habuk dan debu pencemaran tangan-tangan rakus MANUSIA yang beurus niaga di negeri kesayangan Tuanku Sultan Negeri Pahang ini?

Tidakkah Tuanku Sultan Negeri Pahang mempunyai ramai pembesar-pembeasr negeri yang dilantik untuk mengawal selia dan mengurus tadbir tanah Negeri Pahang kesayangan Tuanku Sultan Negeri Pahang? Adakah mereka-mereka ini buta dan tuli daripada melihat dan mendengar rintihan anak-anak negeri Pahang yang terdedah kepada pencemaran keji angkara tangan MANUSIA yang bejat mengejar keuntungan semata tanpa hirau masyarakat keseluruhan?

Jawapan apa yang mampu diterima akal MANUSIA yang sepatutnya keluar dari mulut MANUSIA bergelar Tuanku Sultan Negeri Pahang yang dapat meredakan kemarahan yang tidak ada penghujung dan sudah bersampul-sampul surat aduan dihantar ke semua agensi Kerajaan Negeri Pahang iaitu kerajaan kesayangan Tuanku Sultan Negeri Pahang?
Berjiwa rakyat bukan hanya ditulis di majalah dan akhbar semasa hidupnya Tuanku Sultan Negeri Pahang atau sesudah mangkatnya Tuanku Sultan Negeri Pahang. 

Berjiwa rakyat dilihat mata MANUSIA apabila Tuanku Sultan Negeri Pahang menitahkan semua rakyat tidak kira status, pangkat, orang kampong, orang bandar, pembesar negeri, pengusaha keropok lekor, pengusaha balak, pengusaha lombong atau siapa-siapa saja tunduk dan hormat kepada undang-undang negeri Pahang.

Hanya seperenggan arahan dari mulut MANUSIA bergelar Tuanku Sultan Negeri Pahang akan selesailah masalah angkara tangan MANUSIA di dunia dan dibumi Pahang ini, hanya seperenggan perintah sahaja dari Tuanku Sultan Negeri Pahang mampu mengubah segalanya dengan kuasa Tuhan Alam Allah.

Jelas kemusnahan, kerosakan dan segala macam bencana berpunca dari tangan MANUSIA sejak Adam a.s. Dilantik penguasa dan pemerintah dari kalangan MANUSIA sepaya dapat membimbing MANUSIA ke arah kebaikan. Bukan MANUSIA kah Tuanku Sultan Negeri Pahang ini? Golongan dewa dari kayangankah Tuanku Sultan Negeri Pahang ini? Begitu dasyatkah tulah Tuanku Sultan Negeri Pahang?

Hina sangatkah MANUSIA yang tinggal di Kampung Selamat dan kawasan sekitarnya sehingga mata dan telinga tidak lagi berfungsi seperti asal fungsi mata dan telinga fitrah kejadian MANUSIA?

Kemusnahan yang bagaimana lagi yang Tuanku Negeri Pahang mahu tunggu? Sehingga Istana-Istana Tuanku Sultan diangkat kelangit atau sehingga Tuanku Sultan Negeri Pahang beroleh cara membawa emas dan perak ke alam kubur? Barulah ingin memerintah dan bertitah?
Tuanku Sultan Negeri Pahang ketahuilah mati itu pasti. Tiada surah yang diwahyukan menyatakan mayat MANUSIA yang bersemadi di Tanah Kuburan Sultan dikecualikan seksa kubur.

Sementara nyawa masih ada harap Tuanku Sultan Negeri Pahang bertitahlah barang seperenggan supaya MANUSIA bejat yang mengejar keuntungan semata-mata tanpa hirau kemusnahan alam dan masyarakat tersedar dari leka.

Sementara Tuhan Alam Allah masih memberi ruang dan tidak menurunkan bala ke atas Negeri Pahang negeri kesayangan Tuanku Sultan Negeri Pahang saya merayu bertitahlah barang seperenggan.

MANUSIA Negeri Pahang Darul Makmur.

Sumber : WhatsApp.