t>

Breaking News

Wanita Tukar Pampers Anak, Dikata Meminta Derma - Rashidah Rashidi Kantoi Pula.

Macam mana la aku boleh terjebak dengan cerita neh aku pun tatau. Sebenarnya benda neh kes kecik tapi aku rasa umum perlu juga didedahkan dengan taktik scam sesetengah pihak dalam meraih perhatian.

Aku tak kata Rashidah penipu. Cuma aku nak bagitau semakin Rashidah menjelaskan dia bukan penipu semakin dia terlihat sebagai penipu.

Aku boleh terima juga point yang Rashidah menipu untuk mengalakkan budaya menderma di kalangan kita. Tapi aku nak bagitau dengan menderma dan mengharapkan ganjaran express di kemudian hari, itu bukan konsep derma yang dianjurkan oleh Islam pun.

Kita derma la. Kalau kita rasa kita mampu atau mahu.
Tapi janganla bila menderma kita mengharapkan balasan.
Itu sebenarnya dah membuatkan niat derma kita lari.

Pernah berlaku pada aku.
First time. Masa raya. Aku masak 2 jenis masakan. 1 jenis masakan aku hantar ke 4 buah rumah jiran. Dan sebagai balasan (yang aku tak pernah harap / fikir) aku dapat 4 lauk yang berbeza sebagai return. Penyudahnya. Juadah raya pertama ada 6 jenis lauk. Boleh kawtim untuk sedara yang beraya.

Kali kedua. Tahun selepasnya. Aku buat perkara yang sama. Dengan berharap pembalasan yang sama seperti tahun sebelumnya. Aku tiru. Penyudahnya. Aku tak dapat apa-apa lauk sebagai return. Nampak?

Niat aku dah lari. Pada awalnya aku masak dan nak beri jiran-jiran merasa sebagai menjalin hubungan mesra. Kali kedua aku nak mudahkan kerja aku.

Setepek Allah tampar. Nak salahkan sapa. Diri sendiri. 

Pernah juga. Aku menderma di saat aku memang sakit duit. Dan selalunya aku mendapat balasan yang baik atas perbuatan tersebut. Setiap kali aku tersepit, ada je caranya untuk aku bebas dari masalah kewangan. Bukan aku nak puji diri aku. Tapi bab derma duit tak pernah aku harapkan balasan baik. Aku rasa menjadi orang miskin agak menolong juga untuk membentuk pemikiran aku bab menderma duit neh. Aku tahu apa rasanya terdesak. So aku takde masa nak fikir nak menderma dengan harapan dapat balasan.

Aku akui budaya menderma tue baik. Tapi jangan lebih-lebih sangat meroyan merangka jalan cerita untuk memupuk semangat suka menderma. Alah kadar sudah. Cukup apa yang dianjurkan Islam itu yang kita tiru.

Dalam cerita Rashidah. Bab duit kat celah wiper dan dia tak perasan pada aku itu cerita dongeng.

Dan menariknya, bila aku baca komen begini ;



 
Member siap bagi gambar baju yang perempuan tue pakai lagi ;



Ada kaitan dengan kerabat Terengganu pun boleh. Just nak mention, rumah orang-orang kaya bukan begini. 

Tapi aku taknak tekankan sangat penjelasan Red Bear just nak bagitau Rashidah. Perempuan tue baru keluar toilet lepas salin pampers anak. Kenapa pula gambar perempuan itu disebarkan sebagai meminta derma?

Bukan apa.

Cerita pasal bab derma neh. Aku encounter beberapa kali juga. Pengalaman memang ada. Untuk satu2 orang sampai kepada satu2 orang yang sanggup menderma, dia akan melalui proses rejection dari orang2 sebelumnya.

Masa tue aku pernah singgah di satu masjid neh. Area Perak. Ada satu uncle cina neh minta derma. Duit makan. Dia minta dari satu pakcik ke satu pakcik. Satu abang ke satu abang. Haram orang layan.

Dia langsung tak datang kat aku. Aku pula jadi geram.

Aku pergi kat dia dan bagi dia duit makan. Dia cakap terima kasih. Aku faham sangat kenapa orang sekeliling taknak derma. Orang cukup kaki tangan sempurna bukan sakit tapi taknak kerja dan lebih rela meminta. Mungkin orang nak mengajar dia agar nak makan usaha la. Cari la kerja. Tapi aku just anggap macam belanja makan. Sekali sekala boleh la. Lainkali memang tak dapat la.

Maksud aku dalam jalan cerita neh mudah. Sebelum akak tue sampai kat si Rashidah neh, mesti akak tue dah cuba meminta kat orang lain. Mata dia bengkak, nagis kan. Rashidah cakap. Atau sekurang2nya ada orang lain sebagai saksi yang nampak coz Rashidah tengah makan. Meaning dia kat 'tempat makan'.

Satu lagi. Stail orang Malaysia neh penyibuk kau tahu.

Kau nampak orang menangis, kau tak blah sebenarnya. Sebaliknya kau akan duduk kat situ tercegat dan fikir dalam ahti. Nak tanya. Nak tengok. Nak tanya. Nak tengok. Nak tanya. Nak tengok. Atau nak rakam?

Ini perangai orang Malaysia. Mereka sangat penyibuk. Dan jika nampak akak dengan bayi menangis, bukan Rashidah je, orang2 lain yang ada kat RnR akan beria tanya kenapa kak.

Purse hilang bukan handphone hilang. Aku tak pernah jumpa lagi orang zaman sekarang takde handphone beb. Actually aku menipu. Ada la sorang dua member aku yang tak memiliki handphone. Tapi itu untuk jangkamasa sementara waktu aje. After that, dorang ada balik.

Bagi orang yang logik akalnya. Instead of menangis, dia akan membuat panggilan meminta bantuan.

Bukan takde ibu yang travel dengan baby, ada. Tapi kau rasa golongan ibu-ibu neh bodoh sangat ke macam mana.

So Rashidah. Pada aku elokla kau berhenti membuat komen cakap saya maafkan semua orang dan blablbla semua tue di facebook bagi membayangkan cerita kau tue cerita sahih sedangkan semakin kau buka mulut semakin aku nampak kau sedang kekantoian. Terus galakkan orang menderma, aku sokong bahkan aku boleh anjurkan kat beberapa tempat untuk mereka2 yang mahu menderma, tapi jangan kita ajar mereka menderma dengan niat mahu mengharapkan balasan. Kerana itu bukan konsep derma yang dianjurkan. Apabila kita memberi, kita ikhlas dan kita mahu yang kita beri itu memanfaatkan individu yang menerima. Ini yang Islam ajarkan. Cukup ini yang kita sebarkan.

Kbai.