Curi Makanan, Lelaki Ini Dihukum Penjara 10 Tahun - Khir Toyo Terlibat Salah Guna Kuasa Penjara Setahun Itupun Ditunda Bertahun2.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim menyampaikan rasa kesal berikutan hukuman penjara 10 tahun yang dikenakan kepada seorang lelaki berusia 22 tahun kerana mencuri makanan.
Malah, beliau bersetuju dengan kenyataan Pengerusi Hindraf, P Waytha Moorthy bahawa hukuman itu adalah melampau.
“Memenjara seorang pesalah muda hanya kerana mencuri barangan makanan tidak masuk akal, apatah lagi untuk tempoh 10 tahun yang panjang,” tulis Zaid dalam laman sosial Twitternya.
Berikutan itu, Hindraf telah menawarkan diri untuk menuntut keadilan bagi pesalah, Shashikumar yang didapati telah meninggal dunia dalam penjara dalam keadaan yang mencurigakan.
Dia didakwa menggantung dirinya dalam sel penjara semasa menjalani hukumannya.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kesangsian apabila laporan bedah siasat mendapati wujud lebam yang tidak boleh diperjelaskan di seluruh badannya.
Beliau juga menolak kemungkinan lelaki itu membunuh diri dan mempersoal tempoh hukuman penjara yang terlalu berat berbanding kesalahannya.
Zaid juga menyokong cadangan Waytha supaya para hakim harus mempertimbangkan empat unsur penting semasa menjatuhkan hukuman iaitu pencegahan, pemulihan, pencegahan dan hukuman.
“Hakim kita mesti dilatih supaya mereka memahami keadaan manusia dengan lebih baik,” katanya.
“Nampaknya terdapat perbezaan yang sangat besar antara golongan elit dan rakyat biasa di negara ini,” tulisnya di Twitter beliau. -FMT.

Share this :

Previous
Next Post »