DAP Bincang Kemasukan PASMA Ke Dalam PR Untuk Mengantikan Peranan PAS.

DAP akan membincangkan cadangan Pakatan Rakyat baharu Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) dengan sebuah parti baharu bagi menggantikan PAS pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) esok.
Ketua biro undang-undang DAP Gobind Singh Deo memberitahu The Malaysian Insider, perkara itu akan dibawa untuk perbincangan apabila pemimpin tertinggi parti bertemu di ibu pejabat parti esok.

"Ia sesuatu yang baru, dan kami akan bermesyuarat esok. Jadi ini adalah sesuatu yang akan dibincangkan," katanya.

PasMa semalam berkata, ia akan membentuk satu parti politik baharu dan mencadangkan pakatan baharu dibentuk yang terdiri daripada parti baharu, tidak termasuk PAS.


Hubungan antara gabungan Pakatan Rakyat (PR) semakin buruk berikutan muktamar PAS, di mana pemimpin-pemimpin parti Islam itu berterusan menyerang DAP dan muktamar meluluskan usul untuk memutuskan hubungan dengan parti sekular itu tanpa perbahasan.

Bagaimanapun, PAS memilih untuk kekal dalam PR dan pemimpinnya tidak meletakkan jawatan daripada jawatan kerajaan negeri pimpinan DAP di Pulau Pinang, walaupun digesa berbuat demikian oleh Lim Guan Eng.

Puak ulama konservatif parti, yang bertelagah dengan DAP, menyapu bersih semua jawatan kepimpinan utama dalam baru-baru ini, meminggirkan golongan profesional yang dilihat lebih pro-PR.

PasMa, kebanyakannya terdiri daripada ahli PAS ditubuhkan sebagai NGO pada kemuncak krisis menteri besar Selangor tahun lepas, apabila PAS berkeras mempertahankan menteri besar walaupun PKR membuat keputusan melucutkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim – pendirian yang memulakan krisis PR.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila PAS cuba merealisasikan pelaksanaan hudud di Kelantan tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada rakan kongsi politiknya, yang membawa kepada terputusnya hubungan DAP dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pertimbangan utama di sebalik cadangan PasMa bakal menentukan nasib Selangor – negeri terkaya  di negara ini – di mana ketiga-tiga parti Pakatan mempunyai bilangan kerusi hampir sama.

Jika PAS yang akan dikeluarkan daripada PR, ia mungkin menyebabkan pilihan raya di seluruh negeri, senario yang mungkin menyukarkan PKR dan DAP.

Beberapa pemimpin PKR dan DAP difahamkan mahu melihat reaksi PAS dengan cadangan PasMa sebelum membuat keputusan.

PKR juga tidak membuat keputusan mengenai cadangan PasMa itu, sebagaimana disahkan pengarah strategik parti Sim Tze Tzin.

DAP dan PAS masing-masing mempunyai 15 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, PKR 13, manakala Umno 12.

Pembuburan PR akan menyebabkan kerajaan negeri tergantung dengan baki majoriti satu kerusi.

PAS menegaskan keputusan memutuskan hubungan dengan DAP belum muktamad, dan ia perlu dirujuk kepada Majlis Syura Ulama.

Namun, ramai pemimpin DAP, termasuk Ketua Parlimen Lim Kit Siang berkata gabungan tidak mungkin wujud untuk tempoh lebih lama.

Persoalan bagi PKR dan DAP sekarang adalah, sama ada mereka sanggup mengambil risiko pilihan raya negeri tepat dua tahun selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, dan lebih kurang dua tahun sebelum PRU akan datang. -TMI.

Share this :

Previous
Next Post »