Gambar Polis Hisap Rokok Di Kawasan Larangan Cetus Kritikan.


Gambar dua anggota polis bantuan merokok di zon larangan merokok tersebar di laman sosial semalam.

Gambar yang dimuat naik oleh laman Facebook Malaysia Velai Seivor Sangam telah mendapat 1,019 perkongsian selain dari dikritik netizen.

"Dia orang memang tak mahu ikut peraturan/undang-undang. Tetapi kita rakyat biasa diwajibkan pula ikut peraturan. Kalau tidak, kena saman," kata Sasikala Suriya Sasi Suriya yang jelas sekali berang dengan tindakan dua anggota berkenaan.

Meskipun ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati, tampil segelintir individu yang menyelar 'keyboard warrior' agar jangan bersikap hipokrit.

"Jangan jadi hipokrit dan menunding jari terhadap orang lain. Polis juga adalah manusia yang tidak lari dari membuat kesilapan. Mungkin anda semua juga pernah merokok di tempat larangan mereka sama ada dalam sedar ataupun tidak," katanya individu berkenaan.

Sewajarnya, mana-mana pegawai beruniform haruslah memberikan contoh dan teladan yang baik kepada orang awam. Sungguhpun terlalu sangap nak meroko, carilah tempat yang bersesuaian.

Jangan kerana tindakan seperti ini, habis imej polis bantuan dan PDRM turut tercalar. Sudahlah masyarakat kita suka mencari kesalahan orang, nanti makin teruk pula jadinya. -THM.

Share this :

Previous
Next Post »