Hadi Kekal, Mat Sabu Tewas.


Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan Presiden PAS bagi sesi 2015-2017.

Beliau memperoleh 928 undi sementara pencabar, Ustaz Ahmad Awang mendapat 233 undi.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi di Stadium Tertutup Kuala Selangor, di sini sebentar tadi.

Menurutnya, sebanyak 1,189 perwakilan layak mengundi, begitupun kertas undi yang dikeluarkan adalah 1,162.

Tambahnya, jumlah kertas undi di dalam kotak undi sebanyak 1,161 dengan satu kertas undi tidak dikembalikan tetapi tiada undi rosak.

Asmuni juga mengumumkan Hussin Ismail menang tanpa bertanding bagi jawatan pengerusi tetap dan timbalannya, Ustaz Kamal Ashaari sementara Abdul Syukur Aziz dan Mohd Najib Ahmad sebagai pemeriksa kira-kira. -HD.
Dalam perkembangan yang berkaitan, Mohamad Sabu gagal mengekalkan kedudukan sebagai timbalan presiden apabila kalah kepada Tuan Ibrahim Tuan Man. Mat Sabu memperolehi 279 undi manakala Tuan Ibrahim Tuan Man memperolehi 881 undi.

Manakala jawatan naib presiden pula disandang oleh Idris Ahmad dengan 942 undi, Iskandar Samad dengan 801 undi dan Mohd Amar dengan 778 undi. Salehuddin, Mahfuz dan Husam gagal mengekalkan kedudukan sebagai naib presiden PAS.

Pemilihan PAS kali ini dikatakan disapu bersih oleh kumpulan yang dilabel pro ulama atau kumpulan pro Hadi.

Share this :

Previous
Next Post »