Hadi, Lim Kit Siang Bersalaman Di Sabah.


Ketika ketegangan hubungan PAS-DAP, dua pemimpin utama parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang kebetulan bertemu di Kundasang, Sabah hari ini.

Menurut saksi kejadian, pertemuan berlaku ketika Lim hendak beredar ke Kinabalu Park apabila  Hadi tiga dengan sebuah pacuan empat roda.

Lim kemudian mendekati Hadi dan mereka berdua bersalam.

“Mereka berdua tidak bercakap apa-apa,” kata Pengarah Pendidikan Politik DAP Sabah  Ginger Phoong, ketika dihubungi.

Kedua-dua pemimpin parti sekutu dalam Pakatan Rakyat itu kemudian membawa haluan masing-masing.

Hadi dikatakan terus meninjau kawasan itu manakala Lim yang sampai awal beredar.

“Ia mesra, tapi canggung,” kata  Phoong, ketika diminta mengambarkan pertemuan itu.

Muktamar PAS yang berakhir semalam menerima usul Dewan Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas.

Seperti dijangka, langkah itu mengeruhkan lagi hubungan kedua-dua parti yang dilihat semakin tidak sehaluan.

Susulan keputusan muktamar PAS, kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP membuat keputusan akan menerima peletakan jawatan anggota parti Islam itu daripada kerajaan negeri dengan segera.

Kundasang antara kawasan terjejas gempa bumi di Sabah. -Mkini.

Share this :

Previous
Next Post »