t>

Breaking News

Isu Jam Tangan Mewah YG Dirompak - Ini Jawapan SPRM.


Barangan berbentuk beberapa jam tangan mewah yang dilaporkan hilang selepas rumah seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipecah masuk, adalah milik peribadi suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM Rohaizad Yaakob berkata SPRM memandang serius tohmahan yang dilemparkan menerusi media sosial ke atas pegawainya itu, kononnya beliau memiliki harta di luar kemampuan.

Susulan itu, SPRM akan membuat laporan polis berhubung isu ini dan mahu Polis Diraja Malaysia menyiasat tindakan pihak tertentu mendedahkan aduan yang dibuat mangsa menerusi media sosial, katanya.

"SPRM ingin menjelaskan pegawai yang dimaksudkan hanya menyertai SPRM pada 1 Jun 2015 (Isnin) bagi menyandang jawatan Gred 44. Malangnya, rumah beliau dipecah masuk pada hari beliau melapor diri untuk bertugas.
"Pegawai ini membuat satu laporan polis berkenaan kejadian ini semalam dan dalam laporannya, beliau menyenaraikan barang-barang yang dilarikan pihak yang memasuki rumah beliau.

"Ini termasuk jam tangan mewah dan laporan polis yang beliau buat diviralkan menerusi media sosial sejak pagi tadi," kata Rohaizad dalam kenyataan kepada Bernama.

Laporan itu mendapat pelbagai respon daripada pengguna laman itu.

"Siasatan awal mendapati suami beliau seorang ahli perniagaan dan pemilikan harta ini adalah sah dari segi undang-undang.

"Malah, oleh sebab beliau baru sahaja melapor diri semalam, pengisytiharan harta wajib juga belum dilakukan," kata beliau. – Bernama