t>

Breaking News

Jabatan Agama Islam Perak Tarik Balik Sijil Halal Ke Atas Ayam PCK.

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) mengesahkan sijil halal pusat penyembelihan ayam di Seri Manjung, PCK Processing and Marketing Enterprise telah ditarik balik.
Sijil itu ditarik balik pada 1 Jun lalu kerana melanggar prosedur sijil pengesahan halal Malaysia yang disebabkan pusat penyembelihan ayam syarikat itu yang kotor.
Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin mengesahkan penarikan balik sijil halal itu selepas syarikat itu gagal mematuhi arahan walaupun dua kali notis amaran diberikan.
Katanya, syarikat itu tidak boleh menggunakan logo halal berkuatkuasa 1 Jun lalu.
Syarikat berkenaan telah memohon semula sijil halal pada 5 Jun lalu tetapi perlu melalui proses yang lama kerana melibatkan kes sijil ditarik balik berbanding sijil digantung yang mana tempoh memproses permohonan semula lebih pendek. -FMT.