Kesan Gempa, Allah Tunjuk Pada Semua - SPRM Perlu Siasat Kuarters Guru Di Sabah Ini.


KESAN GEMPA, ALLAH TUNJUK SEMUA.
(rumah guru di SMK daerah Ranau?) 

KONTRAKTOR2 di Sabah ini ada yang melaksanakan kontrak tanpa memikir keselamatan mereka yang bakal menghuni dan yang penting bagi mereka asal untung berlipat ganda.

Biasanya mereka GASAK saja dan nyawa orang lain tidaklah mereka peduli sangat. Kenapa jadi demikian? 

Sebuah bangunan seperti yang kita lihat biasa rumah guru ini sekitar 4-5 tingkat dan lihat saja tiangnya tidak sepadan untuk mengangkat bangunan dan memang skop kerja yang ditentukan sebesar itu dan bilangan besi di dalam sesuai dengan keperluan untuk bangunan sebesar/setinggi begitu tidak kita pasti. 

Kelihatan tiang yang barangkali sekaki lebar 4 segi itu dibungkus dengan bata yang menjadi hebat kelihatan dan barangkali 2 kaki lebar dan jelas di sini semacam ada penipuan kesan lobang di kiri kanan sekitar tiang. 

Yang berkenaan/jabatan pendidikan Sabah kena siasat dan kenapa bangunan semacam itu boleh diluluskan dan siapa saja yang meluluskan untuk guru2 menghuni? Jabatan pendidikan kena kaji dan siasat dan rujuk semula skop kerja/pelan kerja yang disediakan untuk membina bangunan serupa ini. 

Saya yakin sangat ada sesuatu yang tidak kena dan yang berkenaan/SPRM disamping jabatan pendidikan harus menyiasat perkara ini secara serius dan jika pembinaan/kontraktor tidak akur dengan skop kerja yang ditentukan, maka tindakan harus dikenakan untuk diheret ke muka pengadilan kesan penipuan yang boleh membahayakan penghuni kalangan guru2... 

Rakyat Sabah Perihatin.

Share this :

Previous
Next Post »