t>

Breaking News

Lelaki Lemah Iman Punca Pakaian Farah Dikritik - Rafidah Aziz.

Yang mengkritik Farah, bukan lelaki je. Wanita pun ada. Ramai.

Yang tue nak kira macam mana?

Ha Ha Ha

Rafidah ooo Rafidah.
 
Kritikan tentang aurat itu benar.
Tak pula nak dinafikan.
Tapi cara penyampaian si pengkritik2 tue bermasalah.
Tambahan pula, pelik.
Dalam banyak2 benda mengarut yang tv3 sebar, kenapa mereka beramai2 memilih mengkritik Farah Ann? Dan dah berapa lama la melayu2 dok terlibat dengan sukan gimnastik, takan baru sekarang nak perasan dorang berbikini? Farah Ann bukan satu2nya peserta yang pernah menang. So bersikap adil la. Kritik semua jika aurat jadi asas kepada kritikan. Maksudnya jangan hala kesalahan kepada batang tubuh atlet semata2. Kementerian yang terlibat juga perlu peka dengan peraturan2 yang ada. Jika peraturan tentang pakai boleh diubah, usahakanla. Atau haramkan saja atlet muslim berkecimpung dengan bidang sukan tertentu. 

Baca ;


Lelaki yang imannya rendah adalah punca kontroversi membabitkan ahli gimnas Farah Ann, kata bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz.

Beliau berkata wanita tidak pernah mengadu tentang pakaian yang dipakai oleh kaum lelaki walaupun ia menyakitkan mata yang memandang.

"Anda fikir lelaki kelihatan elok dalam seluar renang mereka? Pernahkah kita berleter tentang perkara itu walaupun apa yang mereka pakai tidak bersesuaian?

"Kami tidak peduli asalkan kemenangan dapat diraih untuk negara," katanya dalam satu ceramah.

Beliau juga berkata ramai orang terlupa bahawa gimnas tersebut telah berusaha gigih untuk mengharumkan nama negara dan malangnya kebanyakan lelaki lebih tertarik kepada pakaian terutamanya pada bahagian yang tidak sepatutnya dipandang.


Rafidah berkata, "Segelintir lelaki memutuskan untuk memberi tumpuan kepada pakaiannya dan bahagian-bahagian yang salah. Mata mereka perlu dicungkil kerana sikap itulah yang sedang berleluasa sekarang,” disambut ketawa tetamu yang hadir.

Beliau berkata sesetengah lelaki hanya bersemangat untuk menafikan kelebihan kaum wanita dan menafikan kehebatan tersebut dengan mengutuk pakaian wanita tersebut.

"Kelemahan iman sesetengah kaum lelaki adalah penyebab masalah ini," tegasnya. -Awani.