t>

Breaking News

MARA Sahkan Pemhelian Hartanah Di Australia Diluluskan PM Pada Tahun 2012.


Kes berlaku pada tahun 2012. Aset berkenaan dibeli MARA melebihi harga pasaran sehingga 13.7 juta bezanya. Jika yang luluskan itu Najib dan menteri2 tertentu cuma ada 2 konklusi iaitu ;

- Mereka semua bodoh. Tak reti nak buat semakan dan analisa kedua (oleh pihak ketiga bagi mengesahkan harga yang perlu dibayar untuk hartanah tersebut).

Atau ;

- Yang meluluskan semuanya terlibat dalam skandal rasuah tersebut. Sama2 mendapat saham dalam 13.7 juta yang dimaksudkan. 

Untuk rekod, penyelewengan memang berlaku. Ia dilaporkan begitu di Australia. Harga aset sengaja ditingkatkan bagi mendapatkan lebihan wang (penyelewengan).

Baca pengakuan MARA sendiri ;

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa berkata pembelian sebuah blok apartment di Melbourne, Australia dilakukan mengikut prosedur dan mendapat kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Urusan pembelian itu bermula pada 2012 dan diluluskan MARA Inc pada akhir 2012 dan di bawa ke Majlis MARA untuk kelulusan dan seterusnya di bawa ke kelulusan kementerian wilayah luar bandar dan di bawa ke Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh perdana menteri dan dapat kelulusan.

"Maklumat yang diberi ialah pihak Majlis mempertimbangkan untuk membeli dengan nilai harga pasaran," katanya.

Annuar yang juga MP Ketereh berkata demikian dalam sidang media di ibu pejabat MARA hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya tidak mengetahui berhubung bayaran lebih sebanyak RM13.7 juta terhadap pembelian Dudley International House oleh MARA Inc. -Mkini.