t>

Breaking News

Memalukan - Taiwan Melaporkan Polis Malaysia Minta Sogokan 500 Ringgit Dari Pelancong.


Polis Malaysia neh betul2 memalukan. Tahap intergriti dorang dah jatuh ke dalam longkang. Jenis takde maruah. 

Baru-baru neh media Taiwan melaporkan bagaimana polis Malaysia di Langkawi cuba memeras ugut sekumpulan pelancong asing dari Taiwan. Laporan mereka ;

1. Kenderaan MPV yang membawa sekumpulan pelancong Taiwan telah ditahan polis Langkawi atas alasan lebih muatan.

2. Disebabkan lebih muatan setiap seorang dari mereka akan didenda sebanyak 300 ringgit seorang.

3. Passport salah seorang pelancong turut dipegang oleh anggota polis terbabit.

4. Jika mahu menyelesaikan 'secara baik' pelancong tersebut boleh membayar 500 ringgit sahaja dan kes ditutup.

5. Pelancong Taiwan itu juga dikatakan mempunyai rakaman ketika polis Langkawi meminta rasuah dari mereka.

Elok la tue. Mencalarkan imej PDRM sampai ke tahap international. Aku harap pelancong Taiwan tersebut dedahkan rakaman berkenaan. Biar kantoi pegawai polis tersebut. Dan memandangkan kes berkenaan telah dilaporkan secara berleluasa di Taiwan, elokla PDRM cepat2 amek tindakan dengan buka kes siasatan. Kalau kes troll PM pun kena siasat takan kes anggota sendiri makan rasuah nak peram. 

Kbai.

Sumber video : sini