Pasangan Suami Isteri Kes Dera Yaya Akhirnya Ditahan Polis - Pengajaran Kepada Pasangan YG Bercerai, Jangan Tinggal Anak Sebarangan.

Baru2 neh kecoh di media sosial kes adik Yaya yang berusia 5 tahun didera dengan sebegitu dahsyat termasukla sehingga patah tulang belakang dan hilang berat badan akibat didera secara berterusan oleh ibu tiri dan bapa kandungnya.

Ibu kandung kepada Yaya, Sana Abdul Malek kemudiannya membuat laporan polis selepas mendapati badan anaknya penuh dengan kesan lebam2 dan membuat sebaran di facebook, dengan mendedahkan wajah ibu tiri yang menjaga Yaya selama neh.

Susulan dari laporan polis tersebut, wanita tersebut bersama pasangannya bertindak melarikan diri ke Thailand.

Kalau tak bersalah, kenapa lari?

Tindakan melarikan diri itu aje dah membuktikan pasangan suami isteri itu sememangnya bersalah, kan?

Hah, sekarang amek kaw.

Aku tak kesah sangat kalau yang dera tue ibu tiri. Tapi ini bapa kandung pun boleh bersubahat dan dera anak sendiri. Apa kes?

Apa pun nasihat kepada pasangan yang bercerai, kalau korang rasa bekas pasangan korang tak mampu jaga anak kau sebaik2nya, biarla korang sendiri yang jaga walau susah macam mana. Aku sendiri neh pun anak2 hasil dari perkahwinan yang hancur dan bersyukur mak aku jaga aku. Tak tinggal aku walau susah macam mana. Ada nasi dengan telur makan nasi dengan telur. Ada nasi dengan ikan bilis makan nasi dengan ikan bilis. Biar miskin asal bahagia. Jangan senang makan tapi hati susah kena dera. Pendapat aku, bekas suami Sana memang taknak jaga anak tue. Kalau sungguh nak jaga buat apa dia dera.

Baca ;

Polis Kelantan menahan bapa dan ibu tiri seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang menjadi mangsa dera pasangan itu sejak enam bulan lalu. Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek yang berusia 25 dan 39 tahun ditahan kira-kira jam 9 malam Ahad, di sebuah restoran di Jalan Bayam, Kota Bharu. 

“Bapa kandung dan ibu tiri kanak-kanak itu akan direman pagi ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. Pasangan suami isteri itu telah melarikan diri ke Thailand selepas perbuatan mereka terhadap kanak-kanak itu diketahui pihak berkuasa. Polis negara ini telah bekerjasama dengaan polis Thailand untuk mengesan kedua-dua suspek hingga membawa kejayaan penangkapan mereka. Suami isteri ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga Khamis berhubung kes penderaan kanak-kanak berusia lima tahun. Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Pasir Mas, Rashid Mustapa, hari ini. Pasangan itu yang juga bapa dan ibu tiri kanak-kanak berkenaan berusia 39 serta 25 tahun sebelum itu ditahan polis di hadapan restoran di Jalan Bayam Kota Bharu, 9 malam tadi. 

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak Kanak 2001. Akhbar sebelum ini melaporkan kanak-kanak perempuan berusia lima tahun patah 13 tulang dan cedera teruk dipercayai didera ketika dalam jagaan ibu tiri di Rantau Panjang, di sini. Kanak-kanak itu dikenali Yaya dipercayai sudah dicederakan sejak enam bulan lalu, sebelum disedari ibu kandung Sana Abdul Malek, 28, pada Rabu selepas mengambilnya dari jagaan bekas suami dan ibu tiri.

Share this :

Previous
Next Post »