t>

Breaking News

PASMA, Geng Progresif Dalam PAS Bergaduh Sesama Sendiri.


Belumpun tubuh parti baru bagi menggantikan Pas dalam Pakatan 2.0, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) dan kumpulan G18 (liberal Pas) sudah tidak sefahaman.

“Pergaduhan’ mula tercetus apabila Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin mendakwa PasMa tidak mempunyai daya tarikan yang cukup dengan akar umbi untuk memimpin sebuah parti baru.
 

Berang dengan kenyataan itu, Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, sikap G18 yang memandang remeh terhadap orang lain menjadi punca kumpulan itu kalah dalam Pemilihan Pas baru-baru ini.
“Kalau beginilah sikap mereka, patutlah mereka kalah kepada ustaz-ustaz muda dengan ustaz pondok dalam Pemilihan Pas.


“Mereka mengambil remeh tentang keupayaan orang lain sebab itu mereka kalah dengan kumpulan yang tidak berpengalaman.


“Tengoklah natijahnya mereka dah kalah. Mereka kalah sedangkan kumpulan ini orang hebat. “Bagaimana mereka kata cukup berpengaruh tetapi tetap kalah? Sepatutnya mereka mengambil pengajaran dengan apa yang berlaku,” katanya kepada FMT.

Kumpulan G18 dikenali dengan pelbagai gelaran seperti golongan profesional dan sekarang dilabel golongan progresif dalam Pas.


Phahrolrazi berkata, kumpulan G18 tidak menghormati orang lain seperti mana mereka tidak menghormati keupayaan ustaz-ustaz muda dan akhirnya menyebabkan mereka kecundang. Katanya, beliau menyokong penubuhan Pakatan 2.0 tetapi tidak kepada parti yang ditubuhkan kumpulan G18.


“PasMa menyokong penubuhan gabungan baru tetapi tidak kepada parti itu jika mereka bergerak sendirian kerana objektif kita melawan UMNO,” katanya.


Beliau mengakui PasMA tidak mempunyai kekuatan jika bergerak sendirian tetapi mampu memberi impak yang besar kepada landskap politik tempatan jia bergabung dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain.


Sementara itu, bekas Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat yang juga salah seorang ahli kumpulan G18 berkata, mereka akan mengumumkan sama ada menubuhkan parti baru atau tidak, dalam waktu terdekat.


“Kita tidak putuskan lagi dan perkara itu akan dimaklumkan dalam pengumuman khas nanti, bila nak umum kita tidak tahu lagi tunggu pengumuman daripada team G18,” katanya ketika dihubungi