t>

Breaking News

UMNO Pulau Pinang Mengamuk Tulisan UMNO Dirobohkan MPPP [Video Inside].


KENYATAAN MEDIA PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI PULAU PINANG BERHUBUNG TINDAKAN MPPP MEROBOHKAN STRUKTUR TULISAN UMNO DI IBU PEJABAT UMNO NEGERI.

Satu lagi tindakan kurang ajar dan biadab Kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah Lim Guang Eng yang mempergunakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk merobohkan struktur tulisan UMNO di Ibu Pejabat UMNO Negeri Pulau Pinang tadi.

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang mengecam tindakan ini dan sengaja 'mencari pasal 'di bulan Ramadhan yang mulia ini. Tanpa sebarang makluman malah perbincangan dengan pihak pengurusan UMNO Pulau Pinang struktur tersebut terus dirobohkan. Pembinaan struktur tersebut sebenarnya terletak dalam kawasan tanah JKP Sdn Bhd. Apa salahnya sebelum tindakan diambil berbincanglah terlebih dahulu dengan pihak pengurusan UMNO.

Saya sendiri berada di lokasi kejadian, melihat dan berunding tetapi kesimpulannya, betapa zalimnya Ketua Menteri Pulau Pinang memperkudakan Anggota Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk merobohkan struktur tersebut dan sememangnya beliau takut pada bayang-bayang sendiri.

Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang hari ini ingin mengingatkan Lim Guang Eng agar jangan terlalu kerap bermain dengan api. Cubaan merobohkan struktur tulisan ayat keramat 'UMNO' di Ibu Pejabat UMNO Negeri seperti mencabar kami ahli-ahli UMNO. Kami bimbang kemarahan ahli UMNO akan sampai kemuncaknya.

Salam hormat dari saya
RAFIZAL BIN ABDUL RAHIM
Ketua Pergerakan 
Pemuda UMNO Pulau Pinang

Rakaman video ;

Pertama.

Ahli UMNO marah perkataan 'UMNO' diarah buka oleh ahli majlis perbandaran.
Posted by Ameno World on Friday, June 19, 2015

Kedua.


Perkataan "UMNO" diroboh, ahli UMNO marah ahli majlis di Penang.
Posted by Kami Benci Saiful Bukhari! on Friday, June 19, 2015
Setakat ini, MBPP belum mengeluarkan apa2 kenyataan balas. Tunggu respon dari pihak mereka selepas ini.