Bukan 13 Juta Tetapi 66 Juta Dana MARA Diselewengkan Dedah NGO.


Badan pemantau National Oversight and Whistleblowers (NOW) hari ini mendakwa Majlis Amanah Rakyat (Mara) terlebih bayar sebanyak RM18 juta dalam pembelian hartanah ketiga di Melbourne.

Ini bermakna badan itu setakat ini terlebih bayar sekurang-kurangnya RM66 juta bagi pembelian hartanah di Australia, kata Pengarah NOW, Akmal Nasir.

Akmal berkata, Mara Inc membayar A$22 juta hanya beberapa bulan selepas pembeli yang tidak dinamakan membeli hartanah di 51 Queen Street itu, pada harga A$16.65 juta.

Ia melibatkan perbezaan harga RM18 juta, selain RM14 juta yang Mara didakwa juga terlebih bayar dalam pembelian The Dudley House, dan hampir RM30 juta untuk hartanah di 333 Exhibition Street, katanya.
"Bukti yang diberikan setakat ini menunjukkan terdapat satu modus operandi yang sistematik, dan NOW yakin ada unsur jenayah pecah amanah di sini," kata Akmal pada satu sidang media hari ini.

Akhbar Australia The Age sebelum ini mendakwa perbezaan harga dalam pembelian Dudley itu diambil sebagai wang sogokan oleh beberapa pegawai kanan Mara. - TMI

Share this :

Previous
Next Post »