Duit Zakat Diagih Ikut Saluran Parti - Ini Bantahan SAMM.

Kenyataan Umum 8 Julai 2015

Jika Duit Zakat Diagih Ikut Saluran Parti Apa Beza Kita Dengan Umno?

Susulan pengumuman Saudara Azri Ketua Staf Sekreteriat Penyerahan Zakat Selangor bahawa Wang zakat tidak lagi disalurkan melalui Pemadam. Sebaliknya Sekretariat akan menyalurkan terus kepada Ketua-Ketua AMK Cabang Selangor. Ini bermakna Wang Zakat Selangor disalurkan melalui organisasi Parti.

Perkara ini adalah satu perkara salah guna kuasa. Jika sebelum ini langkah ini yang telah lama dipraktikal oleh UMNO dan kita mempertikaikannya. Mengapa perkara sama turut dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor?

Apa beza kita dengan UMNO? Justeru itu, Ingin saya bertanya beberapa soalan kepada Kerajaan Negeri Selangor mengenai hal ini.

- Apakah fungsi Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang ditadbir Majlis Agama Islam Selangor?

- Apa keupayaan mereka yang dilantik untuk mengagihkan dana zakat?

-Adakah mereka mempunyai maklumat lengkap senarai asnaf? Tanpa ada pengalaman dan kemahiran, bolehkah mereka berlaku adil dalam pengagihan dana zakat?

Pengagihkan zakat kepada asnaf melalui jentera parti politik sudah tentu ia akan terdedah kepada kepentingan politik dan ke arah mendapatkan sokongan politik.

Disini bukan saya ingin membangkitkan soal hukum dalam pemberian zakat. Cuma saya mempertikaikan apabila jentera Parti digunakan dalam pemberian zakat. Saya khuatir ia akan berlaku perkara tidak adil kepada penerima zakat. Saya khuatir akhirnya berlaku soal pilih kisah di antara si pengutip senarai asnaf dengan penerima asnaf. Sekiranya perkara ini berlaku. Ternyatalah tiada beza kita dengan UMNO.

Sekian, Faisal Zainal Komrad Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Share this :

Previous
Next Post »