t>

Breaking News

Peguam Dakwa Ratusan Ribu Dibazirkan MAIWP Demi Anjur Majlis Sumbangan Aidilfitri Bersama PM. - Mesti Baca & Sebar.

Pada minggu lepas, kecoh di media sosial berkenaan seorang anak penerima bantuan zakat yang mengkritik cara MAIWP menganjurkan majlis penyampaian bantuan Aidilfitri kepada asnaf.
Berikut apa yang diluahkan ;




Susulan dari penyebaran tersebut, MAIWP telah dikritik teruk di laman sosial. Posting berkenaan viral dan setakat ini sudah 14,000 ++ yang share content tersebut di laman facebook.

Selepas dikritik, MAIWP akhirnya tampil menjelaskan keadaan.

Berikut respon mereka ;

MAKLUMBALAS KEPADA “POST” DI DALAM FACEBOOK OLEH RABIATUN ASMAH MOHD ALI BERHUBUNG MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN AIDILFITRI TAHUN 2015M/ 1436H OLEH YAB PERDANA MENTERI PADA 2 JULAI 2015

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) terlebih dahulu memohon kemaafan di atas kesulitan dan kesukaran yang dialami oleh ibu puan pada Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri Tahun 2015M/ 1436H yang telah diadakan pada 2 Julai 2015 di MAEPS, Serdang.

Untuk makluman pihak puan, bagi memastikan kelancaran program, MAIWP telah membuat persiapan rapi dan sedaya upaya telah merancang beberapa tindakan untuk memastikan program berjalan lancar dan keselesaaan tetamu khususnya penerima bantuan diutamakan. Perkara-perkara seperti seperti menu makanan, ruang solat, parkir bas dan lain-lain perkara telah dibincangkan dengan teliti dan mendalam sebelum program diadakan.

Walaubagaimanapun, pada hari program tersebut, khalayak yang hadir melebihi daripada jumlah yang dijangkakan. MAIWP menjangkakan jumlah tetamu yang hadir adalah seramai 10,000 orang namun kehadiran pada hari program menjangkau 12,000 orang. Oleh itu, timbul beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan dan MAIWP memohon maaf di atas masalah yang timbul.

Sebagai penjelasan, ingin dimaklumkan bahawa MAIWP telah memohon agar jemputan dapat hadir awal bagi mengurangkan masalah kesesakan. Oleh itu, MAIWP telah menyediakan juadah sahur.

Bagi mengelakkan makanan yang disediakan basi atau rosak, MAIWP tidak menyediakan menu sayur tetapi telah disediakan dengan beberapa lauk lain seperti sambal bilis, tempe, kentang, ayam masak kicap, roti, tamar, anggur dan minuman. Semakan telah dibuat dengan kakitangan bertugas dan mengesahkan pembekal telah menyediakan menu seperti yang ditetapkan.

Berhubung parkir bas yang dikatakan agak jauh, MAIWP telah mengambilkira hal ini. Untuk makluman pihak tuan, pihak pengurusan MAEPS tidak membenarkan bas untuk masuk hampir ke dewan program iaitu di Dewan A bagi mengelakkan kesesakan dan telah menyediakan ruang parkir bas. Oleh itu, bagi memudahkan penerima bantuan yang hadir, sebanyak 14 buah “tram” telah disediakan untuk membawa jemputan daripada parkir bas ke lokasi program.

Mengambilkira jumlah jemputan yang ramai, satu dewan yang mampu memuatkan sehingga 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa telah disediakan (bersebelahan dewan program) sebagai ruangan solat subuh. Dewan ini telah dipasang tambahan penghawa dingin serta disediakan juga ruang wudhuk tambahan bagi memastikan jemputan yang datang dapat solat subuh dengan selesa.

Cenderamata berbentuk barangan kain pelikat, kain batik dan tuala kecil merupakan cenderamata iringan yang diberikan sebagai tanda terima kasih kepada jemputan yang hadir. Begitu juga dengan wang tunai RM30 yang diberikan, ianya adalah sebagai saguhati kepada penerima bantuan yang hadir.

Manakala bagi bantuan Aidilfitri sebanyak RM500 seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, ia telah dimasukkan ke akaun bank penerima. Hal ini adalah bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti kehilangan dan atas faktor keselamatan. Justeru, dipohon kerjasama pihak puan dapat mengemukakan maklumat nama penuh dan nombor kad pengenalan ibu puan untuk semakan status bayaran bantuan.

MAIWP telah berusaha memikirkan dan merancang yang terbaik untuk memudahkan dan memberi keselesaan kepada jemputan yang hadir terutamanya para penerima bantuan zakat Baitulmal MAIWP.

Untuk makluman puan, dalam menjemput penerima bantuan untuk hadir ke program ini, MAIWP tidak mewajibkan mereka untuk hadir. Ini kerana MAIWP menyedari terdapat di kalangan penerima bantuan yang merupakan golongan warga emas, Orang Kurang Upaya dan mempunyai komitmen lain seperti bekerja dan sebagainya. Namun kesudian mereka untuk hadir amat dialu-alukan sebagai tanda sokongan kepada MAIWP yang sentiasa berusaha memberikan yang terbaik dalam membantu dan menyantuni asnaf.

Walaubagaimanapun, MAIWP sekali lagi memohon maaf di atas kesulitan yang timbul. MAIWP juga mengucapkan terima kasih di atas maklumbalas yang diberikan oleh pihak puan. Teguran yang diberikan akan diberi perhatian sewajarnya oleh MAIWP untuk tujuan penambahbaikan dalam penganjuran program-program yang akan datang.
Sekian terima kasih
Dan berikut pula kos yang dipercayai telah dikeluarkan demi menganjurkan program di atas. Disertakan sekali penerangan MAIWP di atas sebagai bukti dan rujukan.

Baca ;

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN AIDILFITRI KEPADA ASNAF BAITULMAL MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN OLEH PERDANA MENTERI MALAYSIA.

Pada 2 Julai 2015, suatu Majlis Penyampain Sumbangan Aidilfitri kepada asnaf Baitulmal Wilayah Persekutuan telah diadakan di Tapak Ekspo Pertanian Malayisa Serdang (MAEPS). Majlis disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Mengikut laporan yang dimuatnaik di laman sesawang rasmi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), lebih 10,000 orang hadir pada majlis tersebut. Berita tersebut boleh didapati melalui link ini :


Saya ingin memohon penjelasan pihak pengurusan MAIWP berkaitan penganjuran majlis tersebut. Saya berpendapat bahawa penganjuran majlis tersebut adalah suatu pembaziran yang dilakukan untuk menaikkan imej sesetengah pihak. Pihak BaitulMal menjelaskan bahawa semua penerima zakat telah dikreditkan wang sumbangan RM500 setiap seorang ke dalam akaun mereka. Justeru kehadiran mereka ke majlis penyampaian sumbangan tersebut tidak wajib dan tidak diperlukan. Jika kehadiran tidak diperlukan dan wang sumbangan telah dikreditkan ke dalam akaun, kenapa mereka di”paksa” hadir ke majlis tersebut. Kenapa MAIWP bersusah payah menghabiskan duit menganjurkan majlis tersebut?

Saya mendapat maklumat bahawa pada hari tersebut sebanyak 245 buah bas telah ditempah untuk mengangkut lebih kurang 11,000 orang penerima sumbangan di sekitar Kuala Lumpur untuk hadir ke majlis tersebut. Maklumat mengatakan bahawa sewa bagi setiap bas adalah RM600.00 sebuah. Ini bermakna sejumlah RM147,000.00 telah dibelanjakan bagi tujuan sewaan bas sahaja.

Saya memohon penjelasan pihak pengurusan MAIWP, syarikat manakah yang mendapat kontrak penyediaan bas pada hari tersebut?

Saya juga difahamkan bahawa bagi tujuan majlis tersebut pihak MAIWP telah menyediakan makanan bagi 11,000 penerima sumbangan untuk tujuan bersahur. Maklumat yang saya perolehi menyatakan bahawa lima (5) syarikat diberikan tugas menyediakan makanan tersebut dengan harga RM6.00 sekepala. Jumlah keseluruhan kos makanan tersebut sebanyak RM66,000.00.

Sekali lagi saya memohon penjelasan siapakah yang mendapat kontrak penyediaan makanan pada hari tersebut dan siapa yang menguruskan pemberian kontrak?

Pada majlis tersebut dikhabarkan bahawa setiap yang hadir menerima saguhati wang tunai RM30.00 setiap seorang selain kain batik dan kain pelikat masing-masing. Kos saguhati untuk 11,000 orang penerima adalah RM333,000.00 semuanya.

Majlis tersebut juga jika dilihat kepada gambar-gambar yang dimuatnaik di laman sesawang MAIWP diserikan dengan persembahan artis tempatan. Berapa pula kos bagi persembahan tersebut?

KESIMPULAN.

Saya memohon penjelasan terpeinci daripada pengurusan MAIWP berkaitan Majlis tersebut. Saya berpendapat majlis tersebut ialah suatu pembaziran wang MAIWP yang sepatutnya dan sewajarnya serta sebaiknya digunakan untuk tujuan lain yang lebih berfaedah.

Majlis tersebut telah mendapat liputan media sosial kerana terdapat seorang anak yang mengadu nasib ibunya yang terpaksa bangun seawal jam 2 pagi untuk ke tapak majlis. Mereka juga terpaksa meninggalkan solat subuh kerana kemudahan yang tidak lengkap dan kesuntukan masa.

Saya berharap dan meminta MAIWP menjelaskan dan menyatakan kewajaran penganjuran majlis tersebut.

Duit Majlis Agama tidak wajar dibazirkan semata-mata untuk kemegahan dan menaikkan imej pihak-pihak tertentu.


ZULHAZMI SHARIFF
08/07/2013 / 21 Ramadhan 1436H
Sumber.
 
Pendapat aku ;

1. The moment MAIWP sebut untuk mengelakkan kesesakan itu bermaksud MAIWP memang menjangkakan kesesakan akan berlaku. Mereka memang menjangka kehadiran ramai supaya program tersebut terlihat meriah kerana ada kehadiran Najib, betul tak?

2. Apa salahnya bas dibenar turunkan penumpang di hadapan dewan dan berpatah balik selepas itu. Jangan la bagi alasan untuk kurangkan kesesakan. Bas bukan permanent parking disitu. Tapi actually ini bukan penting pun. Sepatutnya dari awal program begini tak perlu dianjurkan kerana tak menepati tujuan sebenar.

3. Aku menunggu penjelasan MAIWP berhubung kos2 yang disebutkan oleh peguam di atas. Jika anggaran itu benar, duit apa yang digunakan untuk membayar. Guna duit zakat ke? Adakah ini dibolehkan?

Harap2 ada la jawapan konkrit dari dorang.

Kbai.