t>

Breaking News

Pejabat 1MDB Diserbu - PDRM Secara Tiba2 Beria Siasat 1MDB.

SHAH ALAM, 8 JUL: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan serbuan di pejabat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Menara IMC, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, pagi tadi.

Serbuan itu dipercayai bagi menyiasat kebocoran dokumen bank syarikat pelaburan itu, lapor The Star Online. Pasukan anggota polis berkenaan melakukan serbuan pada jam 10 pagi dan difahamkan ia masih berterusan.

Menurut seorang saksi, polis dilaporkan menyekat akses ke tingkat lapan di menara itu yang menyimpan segala dokumen 1MDB. "Terdapat dua van dan kira-kira empat kereta peronda Proton Preve di luar bangunan itu," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata polis menyiasat akhbar perniagaan Wall Street Journal (WSJ) mengikut Akta Jenayah Komputer berhubung kebocoran dokumen itu.

 Kebocoran dokumen itu berhubung dakwaan terdapat dana AS$700 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak. Pasukan tindakan khas melibatkan PDRM, Peguam Negara dan Bank Negara menyerbu premis anak syarikat 1MDB iaitu SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd, pada 3 Julai lalu. - SK