t>

Breaking News

Awas Media Sosial - Menteri Rancang Pinda Undang2 Untuk Memantau Kebebasan Bersuara.

Atas nama menyekat penyebaran berita palsu katanya. Menanggani masalah spekulasi dan persepsi negatif ke atas pentadbiran kerajaan. Tetapi semua ini bertitik tolak dari skandal 1MDB yang diperkatakan meluas oleh masyarakat Malaysia.

Cadangan oleh Azalina dan Salleh. Siap cadang sidang tergempar lagi tue. LGBT mesti sokong cadangan dia neh kan.

Hehe.

Baca ;
 
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said mencadangkan sidang Parlimen tergempar diadakan bagi membuat pindaan secepat mungkin ke atas Akta Komunikasi dan Mutimedia (AKM) 1998.
 
Menurut Azalina menerusi sebuah kenyataan, pindaan turut digesa dibuat ke atas undang-undang melibatkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
 
“Pindaan-pindaan ini perlu dilaksanakan kerana pembohongan-pembohongan yang berlaku meracuni pemikiran rakyat sehingga menimbulkan persepsi negatif kepada kerajaan,” katanya.
 
Menteri Komunikasi dan Multmedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak hari ini menggesa kerajaan mengkaji semula Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) di negara ini.
 
Ini kerana menurut beliau, penggunaan  internet dan media sosial dilihat dipelopori terlalu meluas dan tanpa mengikut undang-undang.
 
“… Tambahan pula, media sosial sejak kebelakangan ini telah dijadikan medan untuk menyalahgunakan kebebasan bersuara yang bertentangan dengan prinsip demokrasi,” ujarnya lagi. - SH.