Dana 2.6b Demi Lawan DAP, YAHUDI - Jika Kerajaan Islam Malaysia Tumbang, Rosaklah Perjuangan Islam Di Seluruh Dunia - MP UMNO.


Berucap dalam satu mesyuarat tahunan UMNO bagi negeri Johor, ahli parlimen Sri Gading, Ab Aziz Kaprawi diperlihatkan membela tindakan Najib menerima derma 2.6b ke dalam account peribadi menjelang pilihan raya umum ke-13 pada 2013 yang lepas.
Menurut MP UMNO itu, derma diberi pihak tertentu dari Timur Tengah kepada Datuk Seri Najib Razak sebelum ini bertujuan untuk membiayai perjuangan melawan DAP "yang dibiayai Yahudi".
Ketua Umno Sri Gading Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, jika parti itu kalah dalam pilihan raya, DAP yang disokong Yahudi akan berkuasa.
"Rakan-rakan (di kalangan) pemimpin Islam menyedari ancaman DAP ini.
"Kalau kerajaan Islam Malaysia tumbang, rosaklah perjuangan Islam seluruh dunia," katanya menurut laporan portal Malaysiakini.
Najib sebelum ini dihujani kritikan dalam dan luar UMNO berikutan menerima derma 2.6b yang dimasukkan ke dalam account peribadinya dan menegaskan tindakan tersebut adalah untuk membiayai usaha melawan kebangkitan ISIS di Malaysia dan tidak pernah menggunakan wang tersebut untuk kepentingan peribadi. - Sozcyili.

Share this :

Previous
Next Post »