t>

Breaking News

DBKL Tolak Permohonan BERSIH Anjur Perhimpunan Pada 29 Ogos.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan membenarkan permohonan BERSIH untuk mengadakan perhimpunan pada 29 dan 30 Ogos ini di Dataran Merdeka dan Padang Merbok.
Datuk Bandar Datuk Amin Nordin berkata pada tarikh sama, Dataran Merdeka akan digunakan untuk kerja-kerja persediaan untuk perarakan hari merdeka, lapor The Star.
Manakala Padang Merbuk pula, kata Amin, akan digunakan oleh pasukan tentera untuk kerja-kerja logistik mereka, juga untuk perarakan itu.
Beliau juga berkata Dataran Merdeka dikhususkan untuk acara DBKL dan acara kebangsaan serta tidak menjadi dasar mereka membenar acara lain di situ.
Sementara itu, Bernama pula melaporkan DBKL mencadangkan perhimpunan BERSIH 4 diadakan seminggu selepas sambutan hari kebangsaan. -Mkini.