Rakaman Video Pendemo #BERSIH4 Pijak Gambar Hadi Tersebar.


Sebelum ini tersebar gambar dengan caption yang mengatakan gambar Najib dan Hadi Awang (presiden PAS) dipijak oleh pendemo2 BERSIH4 yang berbangsa cina. Pada awalnya gambar tersebut dimainkan oleh blog pro UMNO dan viral di laman sosial seperti wassap dan facebook.

Kemudiannya isu berkenaan di pick-up oleh media massa dan dilaporkan secara besar-besaran (masuk front page) terutamanya oleh media massa yang pro kepada kerajaan.

Namun penyebaran gambar berkenaan menimbulkan rasa was-was di kalangan pembangkang. Mereka menyangka kebarangkalian gambar berkenaan diedit untuk mengapi2kan sentimen perkauman antara bangsa cina dan bangsa melayu atau lebih tepat menyemarak rasa benci di antara DAP vs PAS.

Kini tersebar pula video yang memaparkan kelakuan pendemo2 BERSIH4 yang memijak gambar Najib dan TGHH.

Aku tak faham satu perkara. Andai video berkenaan ori dan bukan edit, apa motif memijak gambar Hadi Awang dalam perhimpunan tersebut?

Apa ke logiknya nak bagi tambah benci ahli2 PAS terhadap kaum tertentu dan parti tertentu?

Boleh tercapai ke matlamat yang dicari2?

Pelik aku. 

Lihat video ;

Gambar TGHH Dipijak Pendemo
Rakaman video gambar Najib & Tuan Guru Haji Hadi dipijak oleh pendemo BERSIH4 viral di wassap.
Posted by Kami Benci Saiful Bukhari! on Monday, August 31, 2015

Share this :

Previous
Next Post »