t>

Breaking News

Tukar Pemimpin Tidak Selesaikan Masalah - PAS.

 
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan masalah sama tetap akan berulang dalam pemerintahan negara meskipun pemimpinnya ditukar jika corak pemerintahannya tidak berlandaskan Islam.

Menurutnya, di negara ini apabila pemimpin negara menimbulkan masalah mereka akan ditukar namun penyelewengan sama tetap berlaku selepas itu.

“Sudah banyak masalah yang kita alami sebelum ini tapi memang kita ini betul ‘Melayu mudah lupa’. Kita ingat yang baharu sahaja. Bila mari (datang) masalah, tukar perdana menteri, mari masalah pecat timbalan perdana menteri. Lepas satu satu. Masalah tak selesai.

“Lantik yang baharu, masalahnya itu juga (berulang). Sebabnya kita tak kembali kepada Islam. (Sepatutnya) selesaikan masalah dengan Islam,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan Pas Wilayah Persekutuan (Pihak 4.0), di sini, malam tadi.

Pas turut bersedia menyokong pemerintah sekarang sekiranya mereka kembali kepada Islam.

“Kita nasihatkan menteri-menteri sekarang segera kembali kepada Islam. Kita setuju…sokong kalau dia (menteri) kembali kepada Islam.

“Kita tidak berebut jawatan. Tapi jika tidak kembali kepada Islam, kita lawan habis-habisan. Ini tanggungjawab kita (Pas),” katanya.
 
Tegasnya lagi, Pas hanya mahu menunaikan amanah dengan cara Islam oleh itu, Abdul Hadi menyerahkan keputusan kepada rakyat untuk menentukan.
 
“Pas tidak berebut jawatan perdana menteri. Pas tidak berebut jawatan jadi ketua kerajaan. Pas tak berebut jawatan menteri Kabinet. Acapkali dah orang tawar…Pas tidak berebut jawatan ini.
 
“Pas mahu tunaikan amanah dengan betul mengikut Islam. Terpulang kepada rakyat, nak pilih siapa. Kalau rakyat rasa amanah sudah hilang dengan pemerintah, yang ada…pilih Pas. Terpulang pada mereka (rakyat),” katanya.
 
Katanya lagi, orang bukan Islam tidak perlu takut dengan pemerintahan mengikut jalan Islam kerana ia merupakan pemerintahan yang adil.
 
“Kita anggap pemerintahan negara adalah amanah dan orang-orang yang bukan Islam, jangan taut dengan Islam. Islam bukan hanya agama. Dalam Islam terkandung semua perkara termasuk pemerintahan negara. Kita tidak paksa mereka masuk Islam.
 
“Dalam sejarahnya, ramai orang Islam dan yang bukan berada di bawah pemerintahan Islam. Mereka rela berada di bawah pemerintahan Islam. Pemerintahan yang adil,” katanya. -SH.