Adakah Rakyat Sanggup Bayar Cukai Tinggi UTK Pendidikan Percuma? - Najib Kepada Mahasiswa.


Rakyat Malaysia perlu bersedia membayar cukai pendapatan yang lebih tinggi untuk pendidikan percuma dan pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Kita boleh mengurangkan PTPTN, kami boleh memberikan pendidikan percuma, tetapi anda perlu meningkatkan cukai pendapatan. Di negara-negara Scandinavia, kadar cukai pendapatan paling tinggi adalah 65 peratus.

"Anda boleh memperolehi banyak perkara tetapi adakah anda bersedia untuk membayar 65 peratus cukai pendapatan?" soal Najib dalam pertemuan dengan pelajar Malaysia di New York semalam.

Malaysiakini telah mendapat rakaman ucapan beliau.

Negara-negara Nordic seperti Sweden dan Norway yang terkenal dengan mempunyai pendidikan percuma sehingga peringkat lepasan ijazah, dan pelbagai faedah sosial.

Kadar cukai pendapatan di negara-negara tersebut bagaimanapun tinggi berbanding dengan Malaysia.

Cukai pendapatan di Malaysia pada masa antara 10 hingga 25 peratus, manakala di Norway dan Sweden, cukai pendapatan setinggi masing-masing 39 peratus dan 56.9 peratus. -Mkini.

Share this :

Previous
Next Post »