t>

Breaking News

Ahmad Maslan Belanja Kumpulan Merah Makan Nasi Ayam Goreng Kunyit.


Laporan dari jurugambar yang berada di lokasi perhimpunan Merah, KC Nazari.

Kelibat Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan di Padang Merbok memakan nasi ayam goreng kunyit menarik perhatian peserta himpunan yang mengerumuninya.
 
Beliau mempelawa orang ramai mendapatkan nasi ayam goreng kunyit.

 
"Ambil dahulu nanti saya bayar," katanya disambut laungan "Hidup Melayu" dari orang ramai.
Beliau turut memberi 'amaran' kepada penggerai yang menjual minuman coklat Milo.

 
"Awak kena tambah stok. Sekejap lagi ratusan ribu orang akan datang nak beli," katanya.

 
"Saya makan dulu," katanya lagi.

 
"Makan Datuk, baca Bismillah Datuk," jawab peniaga Milo itu. #ceritabenar


Dan ini pula laporan dari MSTAR ;

- Kumpulan Merah dah langgar arahan polis untuk tidak masuk ke Bukit Bintang. Mereka merempuh halangan polis pada jam 1.25 petang.

- Dan PDRM akhirnya membenarkan kumpulan Merah masuk dan melalui kawasan Bukit Bintang pada jam 1.50 petang selepas diadakan perbincangan.

- Kumpulan Merah kini telah pun berarak di sepanjang jalan Bukit Bintang.

- Dan kini sedang berunding dengan PDRM untuk memasuki halangan kedua di Pavilion.


Ewah ewah.. kita neh kalau rempuh dan2 tue je kena lauk dengan FRU kan?

Hehehe.