Mufti Perlis Disiasat Polis.


Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin sedang disiasat polis atas kesalahan menghasut.

Menurut laporan The Malaysian Insider, polis mengesahkan mereka sudah membuka kertas siasatan awal di bawah Akta Hasutan.

Ia katanya selepas merakamkan kenyataan wartawan yang menulis laporan mengenai satu kenyataannya yang di muat naik ke laman Facebook sejurus sebelum berlangsungnya perhimpunan Bersih 4, pada bulan lalu.

Kenyataan itu antara lain merujuk kepada peserta perhimpunan sebagai wira dan semangat perjuangan yang ditunjukkan oleh pejuang pembebasan Argentina, Che Guevara tanpa merujuk kepada mana-mana perhimpunan.

Perhimpunan Bersih 4 yang berlangsung selama 32 jam bermula 29 Ogos lalu yang diisytiharkan haram oleh polis dianjurkan oleh kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 yang antara lain menuntut pilihan raya yang bersih dan adil serta sebuah kerajaan yang telus.

Turut disiasat adalah bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dan bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan.

Share this :

Previous
Next Post »