t>

Breaking News

Tegur Kerajaan Kelantan - Di Minta Letak Jawatan?

TEGUR KERAJAAN KELANTAN: DIMINTA LETAK JAWATAN?

Saya sayang kepada Kerajaan Pas Kelantan, tapi cara Kamu perlakukan mereka yang tegur Kerajaan sebijik seperti cara Umno/Bn buat pada mereka yang tegur Kerajaan.

Akhirnya Asran Bin Alias diminta untuk BERHENTI KERJA di syarikat Swasta @ Kontraktor yang beliau kerja, ada kaitan dengan projek Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri Kelantan di Gua Musang?

Sebab tegur Kerajaan isu Pembalakan Ulu Sat, yang kini disiasat SPRM dan SAH ada tebangan luar kawasan R&R lebih drpd 20 Hektar.

Memang meniru perangai UMNO/ BN buat pada cikgu2 yang menentang mereka hantar ke Sabah Sarawak.

Di Pulau Pinang, bila mereka istihar Putus dengan Dap, tidak pula mereka mahu berhenti kerja sebagai lantikan politik, malah bila dihentikan mereka Saman. Tapi dalam kes sahabat saya ini, dia bukan kerja lantikan politik, dia Profesional dan bakal mendapat status "DR" dalam bidang yang beliau kuasai sekarang, tapi itu pun mereka campurtangan.

Inikah contoh Kerajaan Islam yang PAS ingin tonjolkan pada rakyat Malaysia?

Agaknya mereka sedang bergembira bila mereka yang pernah "suku sembam" tolong PAS waktu PRU13 dulu, sedang ikat perut dan terpaksa mencari pendapatan lain untuk menyara keluarga dan anak-anak kecil?
Tidak berhati perut!

Syam Ghaz

~ Viralkan

Minta perjelasan Abg Nazri Deraman selaku bekas majikan beliau di TDC dan projek di Gua Musang juga ada kaitan dgn TDC yang kini jdi PMBK Development Sdn Bhd DAN juga YB Dato Mohd Amar dan YB Azami selaku Ahli Lembaga Pengarah sykt PMBKD. Tq

Perkara ini dikongsikan oleh Syam Ghaz melalui laman sosialnya. Syam Ghaz menulis bahawa teguran dan krtikan terhadap kepimpinan PAS Kelantan telah menyebabkan Asran Bin Alias ditekankan untuk berhenti kerja di tempat dia berkhidmat.


Apa kata PAS Kelantan? Apakah benar sebaran di atas? Tunggu respon susulan dari kerajaan negeri. Harap2 tak la berlaku seperti yang sedang hangat tersebar sekarang.

Kalau kita lihat di laman sosial, wassap terutamanya, seolah2 peperangan sedang berlaku di antara proksi Husam dan proksi Amar. Belum dapat negara dah bergaduh sakan. TGNA baru meninggal tak sampai setahun pun.. dah macam-macam benda berlaku.

Huhu..