t>

Breaking News

Tempat-Tempat Menarik Sekitar Kuala Lumpur & Selangor (Bahagian Satu).


Bercuti, siapa yang tak suka? Kali neh dihimpunkan beberapa lokasi percutian keluarga untuk rujukan ibu-bapa yang mahu membawa anak-anak serta ahli keluarga saudara mara untuk beriadah dan bercuti bersempena dengan musim percutian yang akan menjelma tak berapa lama lagi. Memandangkan nilai ringgit pun semakin jatuh, lebih elokla kita bercuti kat dalam negara berbanding luar negara.

He He He

Berikut ialah senarai tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di sekitar Kuala Lumpur & Selangor. 


Dipecahkan kepada dua kategori dengan 2 entry bagi memudahkan pembacaan. 

Bahagian pertama. Tempat bersejarah2 & pembelajaran.

Bahagian kedua. Taman tema / tempat riadah & santai.

Kategori : Tempat bersejarah & pembelajaran.

1. Planetarium Negara

 
Dibina di atas bukit berdekatan Tasik Perdana, Planetarium berkubah biru telah ini disiapkan pada tahun 1994, kira-kira satu dekad sebelum Malaysia menghantar manusia pertama ke angkasa lepas (melalui usahasama dengan agensi angkasa lepas Rusia).

Seperti pusat mana-mana pusat angkasa negara lain, tarikan utama planetarium ini adalah ruang teater yang menayangkan rancangan berkenaan angkasa lepas. Ruang pameran juga meliputi kawasan luar bangunan dengan replika jam matahari Stonehenge dan lain-lain balai cerap purba yang dibina berhampiran dengan bangunan kubah ini.
Harga Tiket

Warganegara Malaysia: Dewasa: RM 6 Kanak-kanak 12 tahun & ke bawah: RM 4

Pelancong Luar: Dewasa: RM 12 Kanak-kanak 12 tahun & ke bawah: RM 8 


** Maklumat lanjut rujuk : http://planetarium.angkasa.gov.my/?q=article/waktu-operasi-dan-kadar

2. KidZania Kuala Lumpur.

KidZania ialah tempat di mana anak-anak boleh mengalami pengalaman mempunyai kerjaya seperti orang dewasa. Anak-anak akan memainkan peranan seolah-olah mereka adalah seorang pakar bedah, ahli bomba, wartawan, juruterbang, model, doktor, pelukis atau juga seorang pelakon untuk sehari.

Kanak-kanak akan berada di sebuah bandar kecil lengkap dengan hospital, balai bomba, salon kecantikan, bank, stesen radio, studio TV, teater dan pelbagai lagi bagi mendekati mereka dengan pengalaman kerjaya orang dewasa.

Wang yang diterima dalam bentuk matawang KidZania (dipanggil kidZos), boleh disimpan ke dalam akaun bank atau dibelanjakan di mana-mana kedai di dalam KidZania. 5 jam sekurang-kurangnya diperlukan oleh anak-anak bagi menghabiskan proses pembelajaran di KidZania.


Harga tiket ;

Kanak-kanak (2-3 tahun): RM 38
Kanak-kanak & Remaja ( 4-17 tahun): RM 75
Dewasa (18-59 tahun): RM 38
Warga Emas (60 tahun & ke atas): RM 32


Peta lokasi, promosi dan tarikan.

3. Aquaria KLCC

Taman akuarium sebesar 60,000 kaki persegi dan antara tarikan utama Aquaria ini termasuklah terowong air 90 meter dengan travelator bergerak dimana pelawat boleh melihat ikan jerung Sand Tiger (yang kelihatan garang tetapi tidak berbahaya), ikan pari gergasi Arapamia sebesar 10 kaki, juga penyu dan hidupan laut lain berenang di sekitar replika kapal karam Royal Nanhai.

Pelawat juga boleh menonton bagaimana penyelam terlatih memberi makan hidupan air di sini pada masa yang ditetapkan setiap hari, melihat tapak sulaiman hidup dan menyentuh jerung buluh di Kolam Sentuh (Touchpool).


Kepada mereka yang mahukan aksi, pelawat boleh membeli pakej Dive With the Shark (Menyelam Bersama Si Jerung) atau pakej Cage Rage (Selaman Dalam Sangkar). Kedua-dua pakej ini membolehkan anda menyelam ke dalam kolam Aquaria dan melihat pemangsa-pemangsa ganas taman aquarium ini dengan serapat mungkin.

Warganegara Malaysia Dengan MyKad 

Dewasa – RM 40
Kanak-kanak – RM 30
Warga Emas – RM 30
Kanak-kanak di bawah 3 tahun – Percuma

Pelancong Asing
Dewasa – RM 53
Kanak-kanak – RM 42
Warga Emas – RM 32
Kanak-kanak di bawah 3 tahun – Percuma


Tiket online, promosi dan peta lokasi.

4. Muzium Negara

Muzium Negara merupakan peneraju aktiviti permuziuman di Malaysia dan pendokong terhadap pemuliharaan dan pengekalan warisan koleksi khazanah negara. Pembinaannya yang mewakili identiti nasional merupakan kemuncak kepada sejarah pembinaan muzium-muzium terawal di negara ini seperti Muzium Taiping, Perak (1883), Muzium Sarawak (1888) dan Muzium Selangor (1889). 

Didirikan di atas tapak Muzium Selangor yang musnah pada Mac 1945 akibat Perang Dunia ke 2, idea pembinaannya telah dirancang pada 1957 selepas kemerdekaan negara ini dan diumumkan pembinaannya pada 1959. Melalui inspirasi yang berlatarbelakang identiti negara, rekabentuk yang dipersetujui oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah membolehkan pembinaannya menjadi realiti pada 1961. Akhirnya bangunan Muzium Negara berdiri megah dan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-III pada 31 Ogos 1963, iaitu enam tahun selepas kemerdekaan negara ini. 

Masa beroperasi 9 pagi - 6 petang.

Peta, aktiviti, pameran tetap dan pameran berjadual.

5. Muzium Polis

Muzium Polis Diraja Malaysia adalah sebuah muzium yang mempamerkan sejarah Polis Diraja Malaysia dari zaman Kesultanan Melayu Melaka hingga kini.

Dipenuhi dengan lebih 2,500 bahan pameran, tarikan utama muzium ini adalah galeri senjata. Separuh daripada senjata yang dipamerkan telah dirampas daripada komunis sewaktu tempoh darurat di Malaya. Antara senjata yang dipamerkan adalah koleksi keris Melayu, pistol Portugis, pisau Gurkha dan barangan harian yang ditukar menjadi senjata (seperti rantai basikal) yang digunakan oleh penjenayah-penjenayah di negara ini.


Masuk adalah percuma.
Waktu melawat - Selasa hingga ahad. 10 pagi - 6 petang manakala muzium ditutup pada hari isnin.

6. Muzium Kesenian Islam

Dibina oleh hartawan bumiputera, Tan Sri Syed Bukhari, muzium seni Islam yang terbesar di Asia Tenggara ini adalah pusat tumpuan pelancong luar negara dan dianggap sebagai muzium terbaik di Malaysia.

Terletak di Taman Tasik Perdana, muzium indah ini mempunyai lebih daripada 7,000 artifak dan sebuah perpustakaan yang memuatkan buku-buku berkenaan kesenian Islam dari seluruh dunia.

Antara artifak yang dipamerkan termasuklah model masjid-masjid di seluruh dunia, termasuk Masjidil Haram di Mekah dan kitab suci Al-Quran bersaiz sebesar ibu jari anda.

Jika Muzium Islam luar negara banyak menumpukan seni dari Parsi atau Timur Tengah, muzium persendirian ini pula menekankan hasil seni orang Islam dari sebelah Timur — seperti dari India, China dan negara-negara Asia Tenggara.


Waktu lawatan. 

Isnin - Ahad 10 pagi - 6 petang

Harga tiket.

Dewasa: RM 14
Pelajar & Warga Emas 55 tahun ke atas: RM 7
Kanak-kanak berumur 6 ke bawah: Percuma


Peta lokasi, aktiviti serta jadual pameran.

7. Muzium Matawang


Muzium ini menempatkan koleksi awal mata wang dari Kesultanan Melayu, wang cengkerang dan replika jongkong dalam bentuk haiwan dan serangga yang dahulunya digunakan sebagai duit syiling dalam abad ke-16.

Muzium yang mempunyai 6 galeri ini juga memuatkan sebuah galeri seni yang mempamerkan koleksi seni yang dipunyai oleh Bank Negara.


Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia amat prihatin terhadap keperluan para pengunjung. Kemudahan-kemudahan yang dikenal pasti dan disediakan termasuklah laluan kerusi roda, lif dan bilik air khas untuk mereka yang kurang upaya.

Terdapat bilik-bilik air di setiap aras Muzium. Kemudahan ATM, mesin pembayaran tanpa tunai, loker peribadi dan surau ada disediakan untuk keselesaan para pengunjung. Lif-lif yang boleh memuatkan kerusi roda dan kereta sorong bayi juga disediakan untuk mereka yang memerlukannya.

Dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 6 petang, tutup pada 3 hari pertama Hari Raya Aidilfitri.

Maklumat lanjut dan program tetap.

8. Muzium Diraja

Muzium Diraja ini sebenarnya adalah Istana Negara lama yang pernah dijadikan tempat bersemayam Yang di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sebelum kerajaan mewartakannya sebagai sebuah muzium.

Anda yang melawat bangunan setinggi 2 tingkat ini akan dapat melihat sendiri 22 ruang dalaman istana yang terdiri dari balairong seri, bilik beradu, pejabat, ruang makan dan istirehat ketua negara.

Dahulunya istana ini dikawal rapi pengawal berkuda dan tidak dibuka untuk umum. Namun kini anda akan diberi akses ke dalam istana dan akan diberi penerangan oleh bekas pengawal istana sewaktu lawatan berpandu ke sini.


Waktu operasi isnin - ahad. 9 pagi - 5 petang.

Bayaran masuk.

Warganegara

Dewasa Tempatan: RM 5.00
Kanak-kanak 6-12 tahun: RM 2.00
Warga emas: RM 3.00
Orang Kelainan Upaya (OKU): RM 3.00
Pelajar sekolah beruniform: RM 2.00
Pelajar sekolah tidak beruniform & 13-17 tahun: RM 3.00
Kanak-kanak tempatan 5 tahun ke bawah: Percuma
Bukan Warganegara

Dewasa asing: RM10.00
Kanak-kanak pelancong asing: RM5.00
Kanak-kanak pelancong asing 5 tahun ke bawah: Percuma


Aktiviti, khidmat online dan pameran.
 
9. Muzium Telekom

Muzium Telekom merupakan bekas pusat telekomunikasi telefon pada tahun 1930-an.

Bangunan neo-klasik Yunani dua tingkat ini hampir dirobohkan untuk memberi laluan kepada bangunan moden pada tahun 1985 sebelum Perdana Menteri ketika itu, Dr. Mahathir Mohammed mengarahkan agar ianya dipulihara dan ditukar menjadi muzium telekomunikasi interaktif pertama di negara ini.


Harga tiket ;

Warganegara: RM6
Pelancong Asing: RM11


Maklumat umum.

10. Petrosains

Dengan kawasan pameran lebih daripada 70,000 kaki persegi, Petrosains juga dianggap sebagai sebuah muzium interaktif kanak-kanak yang terbesar dan terulung di negara ini.

Anda dan anak anda boleh bermain dengan pelbagai butang dan tuil — dari tempat kendalian pelantar minyak, simulator helikopter hinggalah duduk di dalam kokpit kereta perlumbaan Formula 1 — semuanya di bawah satu bumbung. Pelawat dicadangkan untuk menghabiskan masa selama 2 jam sekurang2nya ketika melawat Petrosains.


Tiket masuk ;

Warganegara Malaysia dengan MyKad 

Kanak-kanak 2 tahun dan ke bawah: Percuma
Kanak-kanak 3 hingga 12 tahun: RM 5.30
Remaja 13 hingga 17 tahun: RM 10.60
Dewasa 18 hingga 55 tahun: RM 15.90
Warganegara 56 tahun dan ke atas: RM 8.50

Pelancong Asing 


Kanak-kanak 2 tahun dan ke bawah: Percuma
Kanak-kanak 3 hingga 12 tahun: RM 15.90
Remaja 13 hingga 17 tahun: RM 21.20
Dewasa 18 hingga 55 tahun: RM 25.50
Warganegara 56 tahun dan ke atas: RM 19.10


Aktiviti pameran, promosi, pakej lawatan dan lokasi.

11. Muzium Coklat


Muzium Coklat seluas 3,000 kaki persegi di Kota Damansara adalah sebuah muzium milik persendirian yang dibuka pada bulan November 2012. Terletak di Lot 2, Jalan Teknologi 3/4, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor. Dibuka setiap hari termasuk hari minggu dari pukul 10 pagi hingga 5 petang. Dan kemasukan adalah percuma.

Mereka yang merancang untuk melawat dalam kumpulan yang besar dinasihatkan membuat temujanji dengan kakitangan muzium terlebih dahulu (di talian +603 6156 9960 atau e-mel di chocolatemuseum@drgroup.com.my. 

Maklumat tambahan.

12. Aviax Aviation

Dibuka 6 hari seminggu, simulator kapal terbang di Aviax membolehkan orang baru, pemain berpengalaman dan bakal pilot belajar dan merasai kendalian pesawat seperti dalam dunia sebenar.

Pusat simulator ini dibuka untuk kanak-kanak berumur 10 tahun, ibu dan bapa dan juga bakal pilot yang ingin mengasah kebolehan sebelum penerbangan pertama mereka. Jika anda ingin tunjukkan kehebatan anda, cubalah mendaratkan kapal terbang anda dalam cuaca buruk.

Harga tiket adalah berbeza mengikut pakej yang ditawarkan. Rujuk website untuk pertanyaan pakej.


http://aviax.my/?page_id=75

13. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Terletak 16km dari Kuala Lumpur, ekosistem hutan seluas 1.528 hektar di FRIM ini — dari kampung orang asli ke jambatan kanopi tergantung adalah cara terbaik untuk melarikan diri dari kesibukan Kuala Lumpur.

Anda boleh menyusuri 6 trek hutan berjejak iaitu Jejak Keruing, Jejak Rover, Jejak Engkabang, Jejak Salleh, Jejak Sebasah dan laluan berjalan kaki Razak. Di sini anda boleh melalui tempat perkelahan dan mandi di kawasan air terjun.

Selain berjalan di hutan, institut ini juga adalah tempat popular untuk berkelah, berjogging, dan berbasikal, selain menjadi tempat tumpuan pengkaji alam sekitar.

Tapak perkhemahan disediakan bagi mereka yang ingin bermalam di hutan ini tetapi dapatkan kebenaran terlebih dahulu.


Bayaran, rujukan lokasi dan tempat tarikan.

14. Farm In The City, Seri Kembangan.

FITC merujuk kepada kawasan pemuliharaan haiwan dan separa zoo yang mana ianya boleh didekati dan disentuh oleh para pelawat.
 

Seakan-akan seperti sebuah kampung, haiwan dibiarkan berkeliaran di sini dan anak-anak anda boleh menyentuh, membelai dan memberi makan haiwan-haiwan ini.

Selain kawasan petting-zoo, terdapat juga kebun buah dan kawasan haiwan lain seperti burung, arnab, kura-kura dan musang.


Harga tiket.

Warganegara : 32 - dewasa, 27 - kanak-kanak
Non warganegara : 48 - dewasa, 38 - kanak-kanak.
 
Untuk sebarang pertanyaan : https://www.facebook.com/FarmInTheCityMalaysia

15. Taman Botani Negara, Shah Alam.


Ada lapan tarikan utama di Taman Botani Negara. Antaranya ;

- Rumah iklim 4 musim
- Taman haiwan
- Taman kaktus
- Taman hiasan

Selain itu pengunjung juga diberi pilihan untuk menaiki bas ( di dalam kawasan taman) ataupun berjalan kaki sambil menikmati pemandangan. Kemudahan seperti surau, tandas dan kawasan parking turut disediakan.

Semak tiket dan harga chalet disini.

16. Royal Selangor Pewter

Pengunjung akan belajar tentang sejarah syarikat, melihat pelbagai kraf berasaskan pewter di muzium persendirian kilang ini dan didedahkan kepada proses pembuatan barangan pewter.

Pelawat akan melihat proses penggilapan, pematerian, mengetuk dan mengukir pewter hinggalah kepada proses pembuatan barang kemas mewah berjenama Selberan yang dipunyai oleh Selangor Pewter.

Bengkel Pewter

Pemilik Royal Selangor juga menawarkan bengkel yang dinamakan ‘School of Hard Knocks’ — iaitu bengkel pembuatan pewter selama 1 jam untuk pengunjung yang berminat mempelajari seni kraf pewter. Bayaran bermula dari RM 60 (~$13.9) seorang.

Dengan hanya beberapa alat mudah (tukul, acuan kayu dan pengikis), anda akan dipandu oleh tenaga berpengalaman dalam membentuk, mengikis, menggilap hinggalah kepada pembungkusan mangkuk pewter anda sendiri.

Saiz kumpulan maksimum yang dibenarkan adalah 50 orang, dan sekurang-kurangnya 5. Kelas ini perlu ditempah terlebih dahulu. Hubungi info@royalselangor.com


Maklumat tambahan.

17. Makam Pahlawan & Masjid Negara

Makam Pahlawan adalah sebuah tempat perkuburan khas yang terletak di pekarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Makam ini dibina bersama-sama dengan Masjid Negara sebagai tempat khas untuk pemimpin dan wira yang banyak berjasa semasa hidup mereka. Kawasan Masjid Negara dan Makam Pahlawan direka oleh arkitek Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) iaitu Howard Ashley, Hisham Al-Bakri dan Baharudddin Kassim. Kawasan ini mula dibina pada tahun 1963 dan siap pada tahun 1965.

Kawasan makam yang unik ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian dalam dan luar. Bahagian dalam dilitupi dengan kubah konkrit yang berbentuk bintang pecah sebanyak tujuh yang menempatkan beberapa makam. Kubah berbintang ini mempunyai penjuru yang setiap satunya hampir mencecah tanah serta dikelilingi kolam yang memisahkan kawasan luar. Di bahagian tengah pula direka dengan hiasan lambang negara dan ukiran bunga-bunga daripada batu marmar dari Pulau Langkawi. Bahagian tengah bumbung kubah dihiasi dengan hiasan bunga mawar berwarna emas.

Pada tahun 1973, Tun Dr. Ismail menjadi orang yang pertama dikebumikan di sini.

Kawasan Makam Pahlawan dan Masjid Negara telah diwartakan dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) sebagai tapak Warisan Kebangsaan oleh Jabatan Warisan Negara pada 6 Julai 2007. Majlis pemasangan plak pengisytiharan tersebut telah diadakan pada 30 April 2009.


Peta lokasi. 

18. Zoo Negara


Tarikan terbaru yang terdapat di dalam Zoo ini ialah Panda Gergasi yang dibawa dari China dengan sewaan selama 10 tahun. Sungguh pun keadaan zoo ini tersangatla uzur tetapi masih terdapat beberapa haiwan yang boleh dilawati pengunjung dengan menggunakan tren yang tersedia secara percuma.

Kemasukan percuma bagi orang kurang upaya.


Harga di bawah tidak termasuk tiket kemasukan untuk melihat Panda gergasi.

Warganegara Malaysia


Dewasa dengan MyKad – RM32
Kanak-kanak dengan MyKid – RM11
Warga Emas – RM16

Pelancong Asing
Dewasa – RM53
Kanak-kanak – RM27

Kadar Pelajar Sekolah
Pelajar – RM9
Guru – RM11


Aktiviti dan promosi cuti sekolah.

19. Paya Indah Wetlands, Dengkil.


Merupakan taman eko-pelancongan seluas sekitar 3.100 hektar yang terletak di Kuala Langat. Tempat ini menggabungkan teknologi pertanian moden bagi mencipta suatu ekosistem yang seimbang.

Tarikan utama disini ialah badak air. Kemasukan adalah percuma dari 7 pagi hingga 7 petang setiap hari. Namun bukan semua aktiviti yang tersedia di Paya Indah Wetlands adalah percuma. Memberi makanan kepada haiwan seperti badak air dan buaya sememangnya percuma tetapi jika anda berminat untuk berbasikal, mengayuh bot, memancing, aktiviti canoe, night safari, pengunjung akan dikenakan surcaj tertentu.

Rujukan maklumat bayaran, tempoh masa dan juga aktiviti.

20. Taman Orkid, Taman Rama-Rama, Taman Burung & Taman Rusa.

- Taman Orkid.

Dibina di bukit tertinggi Taman Tasik Perdana, taman orkid ini mempunyai lebih daripada 800 jenis orkid eksotik Malaysia yang ditanam di tanah seluas 1 hektar.

Selain dari melihat orkid-orkid di dalam taman berlandskap, mereka yang ingin untuk membawa cenderamata pulang boleh membeli orkid hidup dan atau potongan orkid dari beberapa kedai kecil sekitar taman.


- Taman Rama-Rama

Dibina untuk menjadi taman perlindungan semulajadi serangga dan rama-rama, taman ini mempunyai lebih 6,000 rama-rama dari lebih 120 spesies untuk peminat-peminat unggas.
 
- Taman Burung.

Terletak di Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur, anda dan keluarga akan dapat berjalan menyusuri hutan hujan tiruan di dalam sangkar habitat burung seluas 20.9 ekar ini dan melihat burung-burung eksotik yang dikumpul dari seluruh dunia.

- Taman Rusa
 
Taman Rusa Kuala Lumpur adalah kepungan 2 hektar berhampiran Taman Burung KL.

Di taman ini anda boleh melihat rusa-rusa yang diimport dari Belanda dan spesies rusa terkecil di dunia – sang kancil yang lazimnya dijumpai di sekitar Malaysia dan negara-negara jiran lain di Asia Tenggara.


Tiket kemasukan adalah berbeza bagi setiap taman. Bermula dari 1.00 per individu. Dan waktu operasi juga berbeza bagi setiap taman. Bermula seawal jam 9 pagi dan paling lewat 6 petang.

Lokasi & waktu operasi.

Jalan Perdana
Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
50480


Seawal 9 pagi - 6 petang.

21. Pusat Sains Negara.

Dibuka pada tahun 1996 dan dengan lebih 1,000 objek pameran — dari dinosaur dan ikan air tawar kepada robot dan makmal untuk anda dan si kecil terokai bersama

Ketika ini Pusat Sains Negara telah ditutup untuk lawatan umum kerana sedang melalui frasa pengubahsuaian dan penambahanbaikan bermula March 2015 yang lepas.

Maklumat tambahan.

22. Ice Skating di IOI CITY MALL & SUNWAY PYRAMID.


- Sunway Pyramid Ice

Dibina di dalam Gedung Membeli Belah Sunway Pyramid, gelanggang Luncur Ais Sunway Pyramid (Sunway Pyramid Ice) adalah gelanggang luncur ais tertutup yang pertama di Malaysia.

Bagi ibu bapa yang berhasrat mahu anak-anak belajar meluncur dengan serius, boleh la menyertai Akademi Luncur Ais atau menjadi ahli Kad Skate. Yuran pendaftaran bermula dari RM 50. 

Untuk pengunjung biasa dan sekadar belajar untuk suka-suka boleh merujuk kepada laman ini bagi memperolehi maklumat berkaitan promosi dan aktiviti tambahan.

http://www.sunwaypyramidice.com/packages/school-holiday-package/

Pengunjung juga dinasihatkan membeli/membawa stokin dan sarung tangan sendiri terlebih dahulu supaya lebih jimat. Ngeee.

Harga Tiket ke Sunway Pyramid Ice

Kadar dibawah TIDAK termasuk sarung kaki dan sewa sarung tangan.

Bukan Ahli
Isnin hingga Jumaat – RM 20
Hujung Minggu – RM 25
Cuti Sekolah – RM 28
Cuti Umum – RM 28

Sewaan Sarung Kaki/Tangan
Sarung Kaki – RM 6
Sarung Tangan – RM 9


Waktu operasi 9 - 8 malam hari-hari biasa.
 9 - 8.30 pada waktu cuti umum & persekolahan.

- IceScape IOI Mall

Icescape merupakan satu-satunya gelangang luncur ais yang berukuran Olimpik di Malaysia. Dengan berukuran 30mx60m.

Bayaran masuk ;

Hari biasa: RM23

Hari minggu/ cuti sekolah : RM28

Pelawat: RM5

Stokin :RM6

Gloves: RM9





Locker: RM2


Dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam




Maklumat tambahan.

23. Blue Coral Aquarium @ KL Tower & Mini Zoo.

 
Aktiviti ini betul2 sesuai untuk mereka yang ada anak-anak kecil. Bagi anak-anak remaja mungkin bosan sikit la kot berada di dua kawasan tersebut melainkan mereka minat pada binatang2, macam melawat zoo la juga lebih kurang. Bezanya focus binatang kat sini cuma ikan-ikan kecil hidupan laut dan juga binatang2 eksotik, ular dan sewaktu dengannya.

Tiket masuk ;


Harga berbeza-beza untuk setiap jenis lawatan. Untuk promosi, sila kunjungi Groupon.my, selalu ada potongan harga untuk lawatan ke Blue Coral & Mini Zoo serta Observation deck tu. :)

Bahagian dua.

Rujukan gambar & keterangan : Sumber google, wikipedia, jomjalan, website pelancongan kerajaan negeri dan website pelancongan milik lokasi pelancongan.