t>

Breaking News

Ustaz Shamsuri Nafi Laporan Akhbar Penggunaan Makhluk Halus Punca Malaysia Kalah Bola.

Susulan penyebaran satu laporan media yang kononnya memetik kenyataan dari Ustaz Shamsuri Shafie. Laporan tersebut menyatakan bahawa Ustaz Shamsuri menjangka bahawa penggunaan makhluk halus antara punca pasukan Malaysia kalah teruk dalam perlawanan kelayakan piala dunia baru-baru neh ketika berlawan dengan UAE, 0 - 10.

Laporan berkenaan kemudiaan viral dan menjadi bahan ejekan di laman sosial sekaligus memberikan tanggapan negatif terhadap imej Ustaz Shamsuri.


Selepas dikritik teruk, Ustaz Shamsuri kemudiannya tampil memberikan penjelasan di laman facebook kendaliannya. Menurutnya ;


Assalamualaikum PENAFIAN~

Artikel sebenar berkaitan tentang orang dulu-dulu menggunakan jampi serapah,mentera dan pendamping supaya menjadi kuat atau luar biasa,dalam sesuatu pekerjaan atau permainan...saya tidak pernah keluarkan stetment tentang "Penggunaan Makhluk Halus Punca Malaysia Tewas...wal hal kalah dan menang adalah adat dalam setiap perlawanan....media oh media tak pasal-pasal ambe kena..

Ujar Ustaz Shamsuri, dia sama sekali tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa mahkluk halus punca pasukan Malaysia kalah bola. Susulan penafian tersebut, beberapa pihak mulai tampil meminta maaf kepada Ustaz Shamsuri kerana tersalah sangka dengan laporan oleh media tersebut.

Pendapat aku secara peribadi, minta Ustaz Shamsuri desak akhbar tersebut minta maaf. Ini bukan kali pertama akhbar tersebut dan 'adik beradiknya' sebarkan fitnah ke atas orang. Dorang bukan kenal erti serik walau dah kalah saman banyak kali. Mohon Ustaz Shamsuri kasi tambah satu lagi. Biar dorang rugi. 

HAHAHA.