t>

Breaking News

Acara 'Sex Dengan Robot' Diharamkan - Logo Tourism Malaysia Dikeluarkan Dari Promosi Acara Berkenaan.


Jika sungguh penganjur kepada event berkenaan menggunakan logo Tourism Malaysia dengan kerjasama kementerian pelancongan tanpa kebenaran, kementerian berkaitan kena mendakwa la. Atas alasan apa menggunakan logo berkaitan agensi kerajaan untuk mempromosikan acara sebegitu di Malaysia? Setakat beri amaran, alahai.. ini kan membabitkan intergriti agensi anda.. takan dengan AMARAN semata?

PDRM pada tadi mengesahkan event 'sex with robot' yang kononnya bakal berlangsung di Johor adalah diharamkan. Tindakan tegas akan diambil jika penganjur masih meneruskan event berkenaan.


Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada penganjur kongres antarabangsa mengenai “Cinta dan Seks Dengan Robot” pada 16 November depan di Johor Bahru tidak berbuat demikian.

Sambil menyifatkan tindakan penganjur sebagai mengarut, beliau turut mengingatkan jangan membuat perkara yang tidak normal di negara ini.

“Saya ingin beri amaran pada penganjur ini jangan cuba buat satu perkara yang abnormal di negara ini. Saya akan ambil tindakan tegas kepada mereka.

“Negara ini bukan satu negara yang membenarkan seks bebas sepertimana yang mereka cuba anjurkan,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Penghargaan VTEC menghargai polis di Pusat Konvensyen Sime Darby Damansara.

Menurut laman web penganjur, at loveandsexwithrobots.org acara itu dijadual berlangsung dari 16 hingga November di Iskandar Johor.

Kata Khalid lagi, walaupun pihaknya masih belum menerima sebarang laporan polis namun beliau sejak awal telah mengharamkannya.

“Mereka ini mengarut. Mereka sudah mula bawa budaya songsang daripada luar negara bawa kembali (ke Malaysia).

“(Acara) ini tidak dibenarkan, ia diharamkan,” katanya lagi. -Mkini.