t>

Breaking News

Bekas Wakil Rakyat Tuntut Pencen Dinaikkan Kepada 5,500 Sebulan.


Satu jumlah yang tak masuk akal!

Boleh jadi ini satu propaganda dan tekanan ke atas Najib jika mahukan sokongan berterusan dari MUBARAK, permintaan ataupun tuntutan tersebut perlu ditunaikan ???

Memetik laporan Malaysiakini ;

Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) meminta kerajaan agar menaikkan elaun pencen bekas wakil rakyat dinaikkan kepada RM5,500 sebulan atau setengah daripada gaji yang diterima sebelum ini.

Ia kerana rata-rata daripada mereka hanya menerima pencen sekitar RM1,000 sehingga layak mendaftar untuk menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Perkara ini diusulkan oleh Mubarak Negeri Melaka Datuk Sahar Arpan dan dipersetujui sebulat suara oleh semua perwakilan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Mubarak ke-12 di Hotel Seri Pasifik hari ini.

“Ada yang dapat RM1,060. Ada yang dapat RM1,009. Ada yang lihat selekeh (bekas wakil rakyat)… sehingga layak untuk dapat BR1M. Kita nak daftar BR1M pun malu.

“Orang tanya kerja apa, jadi wakil rakyat, malu je dekat orang BR1M,” katanya.

Sahar berkata,sebelum ini perkhidmatan menjadi wakil rakyat adalah tugas yang tidak mengira waktu, tempat bagi memenuhi tanggungjawab kepada rakyat.

Menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu meneliti masalah mereka kerana kumpulan itu sebelum ini berkhidmat kepada negara bagi menerangkan kepada orang-orang luar bandar mengenai kepimpinan negara.

- Tak payah nak menipu la kata wakil rakyat bekerja tak mengira waktu. Ko ingat rakyat bebal sangat ke. Korang buat orang susah nak contact directly itupun kena guna orang tengah. Kalau ada pun berjumpa time majlis2 tertentu itupun belum tentu dapat bincang tentang masalah rakyat.


- Oke la dapat pencen 1,000 sebulan dengan goyang kaki. Bukan takde income tambahan pun kan. 

- Banyak kakitangan awam dan swasta yang memerlukan pembelaan. Daripada bagi pencen 5,500 kepada bekas wakil rakyat lebih baik gunakan wang tersebut untuk penambahbaikan sektor pendidikan, kesihatan dan menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat.

- Cuba fikir kenapa 1,000 tak cukup? Bukan kah kos sara hidup meningkat? Cuba fikir siapa yang setuju dengan GST dan beria2 puji Najib dalam isu kejatuhan ringgit? Bukan kah MUBARAK juga? So padan la muka korang. Yang pergi membuta tuli sokong sapa suruh. Lepas tue sedar pula perit sampai minta dinaikkan pencen.

Satu permintaan yang perlu kita bantah. Jangan kata 5,500 sebulan nilai pencen, nak terima 1,000 tu pun belum tentu berkat. Almaklumla, bukan kesemua bekas wakil rakyat ini amanah ketika menjalankan tugas kan.. Tambahan pula, mereka pernah menjadi wakil rakyat suatu ketika dahulu. Mendapat pelbagai kemudahan dan kelebihan. Sekarang dah menjadi orang biasa sedar plak yang keadaan sekarang memang tak memihak kepada golongan yang berpendapatan serdahana, rendah dan miskin. Dulu masa menjadi wakil rakyat, di manakah suara mereka dan apa usaha mereka untuk membantu rakyat terbanyak?

Fikir2kanla..