t>

Breaking News

Culik Kajang - Bersihkan Nama Saya, Ahli Keluarga Saya Malu Rayu Pemandu Teksi.


Pemandu teksi yang ditahan reman berikutan kes culik babitkan kanak2 berusia 5 tahun di Sungai Chua, Hanizan Mohamed Radzi berkata penahanan dia bagi membantu siasatan telah membawa "malu" kepada keluarganya.

"Anak-anak saya malu kerana saya. Tolong, tolong bersihkan nama saya," dia merayu kepada pegawai polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret di sini untuk dibebaskan selepas seminggu duduk dalam tahanan.

"Saya hanya memandu teksi. Saya tidak berbuat apa-apa," kata Hanizan lagi.

Hanizan ditahan oleh polis, bersama-sama dengan tiga orang lelaki lain dalam tempoh 24 jam selepas penculikan kanak2 berusia 5 tahun itu di hadapan tadika Sungai Chua, yang mana aksi penculikan tersebut turut berjaya dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Penculik didakwa meminta wang tebusan RM300,000 sebagai wang tebusan.

Lapan jam selepas kanak-kanak itu diculik pada 9 Okt, Hanizan dilihat menghantar kanak2 tersebut pulang ke rumahnya kembali pada kira-kira jam 5:35 petang dan menyerahkan kanak2 tersebut kepada ahli keluarganya.

Pemandu teksi itu turut mendakwa dia mendapati kanak-kanak itu berkeliaran di sekitar tepi jalan dan mengenali dia dari gambar kanak2 tersebut yang turut tersebar meluas di media sosial.

Walau bagaimanapun, pemandu teksi itu juga kelihatan ketakutan apabila enggan mendedahkan secara terperinci bagaimana dan di mana dia terserempak dengan kanak2 berusia 5 tahun yang diculik itu.

Selepas hampir seminggu ditahan reman, polis akhirnya secara rasmi membersihkan pemandu tersebut tersebut dari insiden penculikan itu. Menurut polis, hasil siasatan menunjukkan bahawa tiada hubungan antara Hanizan dan tiga suspek lain.


Hanizan dibebaskan dengan jaminan di bawah Seksyen 49 Kanun Tatacara Jenayah.

Tiga lagi ditahan berhubung kejadian itu akan didakwa di Mahkamah di sini hari ini di bawah Seksyen 3 (1) Akta Culik 1961 untuk penculikan, penahanan secara salah atau pengurungan secara salah untuk tujuan tuntutan wang tebusan - SOZ.